Make your own free website on Tripod.com

 

Isu Dalam Negeri

 

Isu Liwat Yang Terlewat

 

Hudud Yang Hilang

 

IKIM Ubah Makna Jihad

 

Cerai SMS

 

3 satu 1000 liter atau 1000 gelen

 

Merdeka

 

Parti Islam salah Guna Nama Islam

Isu Liwat Yang Terlewat

Puteri UMNO inginkan PAS supaya meminda Enakmen Jenyah Syariah Kelantan dan Trengganu, supaya memasukkan 'clause', meliwat isteri itu juga satu jenayah. Silent Provision ini digunakan oleh Puteri dan PEMUDA UMNO untuk mencabar kredibiliti PAS. Menjawab pertuduhan ini Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, hukum hudud tidak boleh dikenakan ke atas suami atas perbuatan tersebut.

``Ini kerana kesalahan yang dilakukan itu tidaklah boleh disamakan dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah,'' ujarnya.

Sehubungan itu beliau berkata, tidak timbul isu bahawa Pas menghalalkan yang haram seperti yang didakwa oleh pihak tertentu kerana liwat tetap menjadi satu kesalahan dan ia tidak boleh dilakukan oleh sesiapa.

Psst ....Sayang Enakmen yang menelan belanja RM250,000 ini tidak sunyi dari kelemahan. Namun seandaianya enakmen itu ditambah apakah Puteri UMNO akan bersetuju berhukum dengan Hukum Allah ini?

Klik untuk analisis terperinci dari kami. Analisis IKIN

Hudud Yang Tidak Ada Dalam Negara Islam Contoh

Inilah peristiwa yang pelik tetapi benar. Dalam sibuk Malaysia Mengaku Sebagai Negara Islam Contoh tanpa segan silu IKIM memperakui bahawa tidak ada hudud tidak menjadi masalah untuk mengaku Negara Islam. Maka kami ingin bertanya apakah ukuran IKIM untuk meletakkan sesuatu negara itu Islam atau tidak?

Bagaimana agaknya IKIM menafsir perkara 4(1) dalam perlembagaan Malaysia, bahawa undang-undang tertinggi adalah undang-undang buatan Manusia itu? Negara Islam Contoh ini nampaknya Negara Islam yang asas perundangannya adalah Perlembagaan Malaysia. Di mana sumber hukum kita iaitu AlQuran, Sunah, Ijmak dan Qiyas?

Nampaknya IKIM tidak lebih hanya sebagai Pak sanggup untuk kahwin cina buta, dulu UMNO sibuk menjajakan idea Malaysia tidak boleh menerapkan hukum-hakam Islam dan menjadi sebuah negara Islam. Namun sekali air bah sekali pantai berubah, Kerjaan yang dulunya alergik terhadap Negara Islam telah berubah serta merta meminati NEGARA ISLAM SEMENTARA. Maka diajaknya Pak Syeikh dari al-Azhar, untuk menundukkan lepasan Azahari. Aduh sayang sekalai Pak Syeikh ini tak di bawa melawat ke Vista Angkasa untuk melihat adegan berzina di atas tangga atau ke Genting Highlands untuk melihat bagaimana Menteri yang beragama Islam sendiri ada pelabuaran yang besar dalam sektor perjudian, atau pak syeikh boleh mampir sebentar ke Bintang Walk atau Bangsar untuk melihat umat yang berbudaya kuning dan kelabu tahi anjing.

Klik untuk analisis terperinci dari kami. Analisis IKIN

IKIM Ubah makna Jihad

IKIM merasa panas cuping telinga bila membicarakan isu Jihad di jalan Allah ialah peperangan, tambahan situasi dunia yang semakin menekan umat Islam dengan gelaran 'pengganas'. Jadi untuk menyenangkan hati musuh-musuh Allah ini maka IKIM dengan berbangganya merubah terjemahan perkataan "Jihad fi sabilillah" dengan terjemahan alaf baru IKIM iaitu "berusaha di jalan Allah"

Jihad fi sabilillah mempunyai makna syareinya, tidak siapa yang boleh merubahnya. Kita harap IKIM buka kitab fiqh dan lihat bab Jihad fi Sabilillah. Apakah maknanya jihad ekonomi atau jihad politik. Mungkin sikit lagi IKIM boleh keluarkan tulisan rukun-rukun "berusaha dijalan Allah" kerana fekah ini tidak ditemui dalam kitab sebelum perubahan maknanya itu.

Klik untuk analisis terperinci dari kami. Analisis IKIN

Cerai SMS

Muktazilah, itulah kata-kata yang sering kita dengar bila manusia cuba menundukkan hukum Allah di bawah hukum akal. Satu kenyataan yang pasti dengan pandangan muktazilah ini, iaitu terpuji dan tercela sesuatu pebuatan itu dapat diukur dengan akal.

Sayang seribu kali sayang, umat yang mengaku Ahli Sunah pada hari ini jauh lebih teruk dari Muktazilah. Lihat sahaja dalam kes cerai sms, mereka langsung tidak menggunakan hukum syarak untuk menilai penceraian dengan sms. Mereka tidak mempertimbangkan hukum sah atau tidak berdasarkan syariat tapi mereka lebih suka beremosi dengan berkata bercerai pakai sms ini, menghina wanita dan Islam.

Dukacita sungguh kerana Menteri yang sibuk mengaku tidak menghina wanita dan Islam itu langsung tak merujuk kepada Islam dalam kes Cerai SMS ini, betulkah dia memperjuangkan Islam atau Wanita? 

 Klik untuk analisis terperinci dari kami. Analisis IKIN

3 Satu 1000 Liter atau 1000 Gelen

Bila berbicara 'krisis buatan' Air Malaysia dan Singapura ini, kita tidak dapat tidak terpaksa mengakui kurang bijaknya orang-orang yang memegang jawatan tinggi Negara. Dalam surat khabar dan dokumen rasmi bertulis bahawa harga air ialah 3sen untuk seribu gelen tapi ada laporan dalam Akhbar yang sama mengatakan bahawa harga air ialah 3 sen untuk 1000 liter, ada Menteri tersalah cakap 3 untuk 1000 liter!. Nampaknya pemberita dan menteri kita ini tidak berapa faham dengan unit gelen dan liter ini. Unit gelen dengan unit liter tidak dapat dibezakan dengan jelas. Jadi tidak peliklah kalau mereka ini menggunakan fakta tarikh surat khabar yang silap dan terpaksa berdolak-dalih bila dibetulkan oleh Kerajaan Singapura.Dalam satu masa mencela si Rohan, penganalisis politik dari singapura tapi kita tak segan silu meludah balik ke langit mengambil fakta dari buku si Rohan untuk menjustifikasi penangkapan Ustaz Hambali.

Klik untuk analisis terperinci dari kami. Analisis IKIN

Merdeka Dari Siapa!

Setiap tahun bulan lapan tanggal 31, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Berbagai ceramah dan tulisan dipertontonkan untuk menaikkan semangat patriotik pemuda-pemudi. Pengisiannya hampir sama dengan tahun-tahun lepas, 15 tahun lepas, 20 tahun lepas. Bahkan motonyapun tidak berubah dengan 4 tahun lepas iaitu Keranamu Malaysia. Tanpa segan silu penceramah agama dalam radio berbicara tentang kemerdekaan, maka untuk menampakkan kemerdekaan yang kita capai ini Islamik maka dikaitkannya dengan hukum-memerdekakan hamba sahaya. 

Padahal semasa kita dijajah dulu tak ada seorangpun rakyat Malaya yang menjadi hamba sahaya British, kalau adapun balaci atau barua british tapi bukan hamba. Sang Penceramah tanpa segan silu mengatakan dalam Islam perhambaan individu tidak digalakkan malah Islam menggalakkan memerdekan hamba. Nampaknya pemikiran sang penceramah ini masih lagi ditakuk lama, belum dimerdekakan lagi, hukum kemerdekaan individu itu tidak ada kaitan dengan kemerdekaan negara. Bila di sebut merdeka negara, maka yang kita kaitakan sistem hidup bernegara iaitu berkenaan dengan sistemnya, perlembagaannya dan undang-undangnya, bukan berkenaan dengan HAMBA SAHAYA yang telah tidak ada sejak lama dulu!

Analisis Kami berkenaan dengan Kemerdekaan Hakiki