Isu Dalam Negeri

 

Isu Dalam Negeri

3˘ untuk 1000 liter atau 1000 gelen?

UM 3˘ untuk 1000 liter

UM 3˘ untuk 1000 liter

Analisis Kami

3sen Untuk 1000 liter

Tiada maklumat terbaru harga air

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Luar tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkembangan terbaru dalam perundingan harga air antara Malaysia-Singapura yang kononnya sedang diadakan secara sulit.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan perkara tersebut sebenarnya masih tergantung dan kedua-dua negara sedang bersiap untuk ke majlis timbang-tara bagi mencari penyelesaian.

``Setahu saya, perkara tersebut masih di tahap lama dan belum ada sebarang perkembangan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Straits Times Singapura yang disiarkan akhbar ini hari ini bahawa wujud kemajuan dalam menyelesaikan perbalahan hangat berhubung isu air antara kedua-dua negara.

Straits Times memetik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, N. Parameswaran yang diwawancara akhbar tersebut.

Syed Hamid juga memberitahu bahawa tidak terdapat sebarang perundingan antara pegawai kerajaan kedua-dua negara pada peringkat ini.

Tambah Syed Hamid, pada pengetahuan beliau, Singapura sudah tidak lagi mahu mengadakan sebarang rundingan berkenaan penetapan harga air dengan Malaysia dan mahu ia diselesaikan melalui timbang tara.

``Kita (Malaysia) pula sedang melakukan penyediaan untuk ke majlis timbang tara,'' katanya.

Pada masa ini, Singapura membeli bekalan air mentah pada kadar tiga sen untuk 1,000 liter daripada Malaysia.

Kedua-dua negara sehingga hari ini gagal menetapkan harga baru bagi penjualan air tersebut yang nyata merugikan Malaysia.

(Utusan Malaysia 02/09/2003)


3 sen untuk 1000 gelen

Ketika ditanya mengenai harga baru yang dikehendaki oleh Malaysia dalam pakej tersebut bagi air yang dibekalkan oleh Malaysia ke Singapura, Dr. Mahathir berkata: "Itu kita akan beritahu Singapura."

Beliau berkata, harga air tiga sen bagi setiap seribu gelen (satu gelen bersamaan kira-kira 4.5 liter) air mentah yang dibekalkan oleh Malaysia ke Singapura sekarang agak tidak manasabah.

Pada masa ini, Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah sehari ke Singapura dengan harga tersebut dan Singapura kemudiannya menjual balik 37 juta gelen air yang telah dirawat kepada Johor dengan harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen air bersih.

(Utusan Malaysia 14/03/2002)


 

Analisis dari IKIN

Although Singapore has generated a profit of RM662.5 million from Malaysian raw water in 2001 alone, Singapore paid Johor only RM2.39 million - or S$1.09 million or US$628,947- in 2001 for a whole year’s supply of water. This works out to just 26 Singapore cents (US 15 cents) per person per year.

In other words, Singaporeans got all the water they wanted from Malaysia for an entire year for just one small bite of a Big Mac

On the other hand, Johor paid Singapore RM6.3 million for the treated water it took in 2001. (Petikan dari buku berharga 3 sen terbitan Majlis Tindakan Negara, WATER: The Singapore-Malaysia Dispute THE FACTS)

Nampaknya isu air ini menjadi krisis yang berpanjangan kerana perjanjiannya pun panjang satu perjanjian antara bangsa yang memakan masa 100 tahun. Itu adalah satu perjanjian international yang panjang disebabkan oleh kurang prihatinnya pihak yang menandatanganinya dulu. Dan harga air itu sentiasa disemak bukan dari semasa ke semasa iaitu dari 25 tahun ke 25 tahun, ianya dimeterai di PBB.

Mengikut 'clause' perjanjian tersebut; Malaysia mempunyai hak untuk menaikkan harga air dalam tahun 1986-87, tetapi negara Malaysia tidak mengambil kesempatan ini. Yang menjadi pertikaian bila Malaysia tidak dapat meminjam duit dari Singapura semasa krisis serangan matawang barulah isu harga air ini diwar-warkan. Masalahnya betulkah krisis air ini dipandang serius oleh Negara kita?

Sila rujuk tulisan kami berkenaan dengan hukum hakam Perjanjian Antarabangsa