Make your own free website on Tripod.com

 

BETULKAH ATAU DUSTA?

Baiah Al-'Inah

(Jual-beli Inah)

Jual-Beli Inah

Definisi

Inah, Kenapa?

Hukum - Penting

Sebuah Persoalan

 

Definisi Bai’ al-‘Iinah:

            Yang dikatakan Bai’ul ‘Iinah ialah: bahawa seorang lelaki menjual barang dagangannya kepada orang lain dengan harga yang diketahui dan bayarannya diserahkan kepada penjual setelah tempoh enam bulan, baik dengan pembayaran sekaligus, atau bayaran ansuran yang ditentukan; kemudian si-penjual(asal) membeli barangan tersebut kembali dengan membayar sejumlah wang yang nilainya lebih rendah dari harga jualan asal—sebelum sempurna pembayaran tadi.

            Dan tidak dikatakan ‘Iinah jika penjual asal membeli barangan tadi dari pembeli dengan harga jualan pertama yang ditetapkan oleh penjual tadi, dan tidak pula dengan harga yang lebih tinggi. Begitu juga, jika ketika berlaku pembelian (semula) tadi berlaku pula peningkatan harga (dipasaran) sedangkan si penjual tadi benar-benar memerlukan barangan tersebut, maka boleh saja beliau membelinya semula dari pembeli asal dengan harga seperti harga jualannya kepada pembeli, atau dengan nilai yang lebih tinggi. Ini tidak mengapa kerana tidak ada syubhat (kesamaran) dalam masalah ini.

 

Kenapa Di Namakan ‘Iinah:

            Dinamakan demikian dari perkataan ‘Ain (barangan); disebabkan si pembeli berhasil mendapatkan barangan yang diperlukannya yaitu wang.

 

Hukumnya:

            Terdapat 2 jenis bentuk bagi bai’ul ‘Iinah:

1) Bahawa seseorang membeli dari orang lain suatu barangan dengan harga tertentu secara ansuran, dan si penjual mensyaratkan kepadanya untuk menjual (kembali) barang tersebut kepadanya dengan nilai yang lebih rendah dari harga jualan pertama.

            Bentuk jualbeli ini adalah haram mengikut kesepakatan ulama’—kerana terdapat unsur penipuan; dan unsur riba yang ‘dicelupkan’ seakan-akan ianya jualbeli yang syar’ie.

 

2) Bahawa suatu barangan itu dijual dengan harga ansuran, dan setelah barang itu dipegang oleh si pembeli, ia menawarkannya untuk dijual semula dengan imbalan duit, maka si penjual asal membelinya semula dengan harga lebih murah dari harga jualan asal.

 

            Perbezaan antara bentuk pertama dan kedua ialah, adanya syarat yang ditetapkan dalam bentuk pertama, dan tiada syarat dalam bentuk kedua.

            Sesungguhnya para fuqaha’ telah berselisih pendapat pada boleh tidaknya bentuk kedua yang tidak mengandungi apa-apa syarat.

** As-Syaafi’iyah membolehkan bai’ul “iinah dalam bentuk yang kedua.

            Dan mereka berdalil bahawa:

n      Abdullah bin Umar telah membolehkannya.

n      Si pembeli berkuasa untuk menjualkan barang itu semula kepada selain pemilik aslinya baik dengan harga yang lebih rendah atau lebih tinggi; maka boleh saja ia menjualkannya semula kepada orang yang menjual barang tersebut kepadanya.

n      Jumhur ulama’ telah bersepakat terhadap haramnya bai’ul ‘Iinah; antara mereka terdapat sahabah Abdullah bin ‘Abbas dan A’isyah; serta taabi’iin: al-Hasan Al-Basri, Ibnu Siriin, As-Sya’bi, AnNakh’ie, dan Rabii’ah bin Abdurrahman. Dari golongan para imam: AtTsauri, AlAuza’ie, Abu Hanifah, Malik, Ishak bin Rahwiyah dan Ahmad bin Hanbal dan selain mereka.

 

Mereka telah berdalil atas keharaman bai’ul ‘Iinah dengan yang berikut:

  • Sabda Rasulullah saw: (( Apabila telah berjualbeli kamu dengan ‘Iinah dan telah (menghitung) kamu ekor-ekor lembu, dan kamu redha dengan pertanian, dan kamu tinggalkan jihad, Allah menguasakan keatas kamu kehinaan, tidak ia mencabutnya darimu hinggalah kamu kembali kepada deen kamu)) Abu Daud.
  • Dari al-‘Aaliyah binti Aifa’ bin Syarhil – istri Abi Ishak asSabi’ie—beliau berkata: “Aku telah masuk bersama ibu kepada anaknya Zaid bin Arqam serta istrinya (Zaid) menemui ‘Aisyah; maka berkata ibunya anak Zaid bin Arqam: Sesungguhnya aku telah menjual ghulam (anak) dari Zaid bin Arqam dengan harga lapan ratus dirham kepada al-‘Atha’, kemudian aku beli kembali darinya dengan harga enam ratus dirham. ‘Aisyah berkata kepadanya: ‘Buruk sekali apa yang engkau jual dan beli, sampaikanlah kepada Zaid bin Arqam bahawa Allah telah membatalkan jihadnya bersama Rasulullah saw kecuali jika ia bertaubat” Al-Baihaqi. Yang zahir, ini tidak dapat dianggap sebuah ijtihad dari ‘Aisyah, kerana (masalah ini) tidak membolehkan qiyas kerana jihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad. Yang demikian kata-katanya ini dibawa (kepada anggapan) bahawa dia mendengarnya dari Rasulullah saw.
  • Bahawa bai’ul ‘Iinah ialah jalan menuju riba dan membawanya riba, jadi wajib mengharamkannya berdasarkan sabda Rasulullah saw ((Barangsiapa yang berlegar-legar sekeliling hima (tempat larangan) dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya)). Al-Bukhari.

PERSOALAN DARI KAMI

Sistem Perbankan Malaysia mendakwa menggunakkan aqad muamalah bai' al-'inah, beli komputer dari bank dengan syarat jual balik pada bank, ada bank buat jualan harta pejabatnya seperti mesin fotostat dan sebagainya. Jadi nampaknya sistem perbankan ini mengambil bentuk inah yang pertama dalam perbincangan kita di atas.

Kesalahan yang utama yang dilakukan oleh pihak Bank ini ialah;

i) menlakukan bai' inah dengan bersyarat (Diharamkan oleh semua ulama')

ii) menggunakan Pendapat Syafi'yyah pada inah bentuk pertama, sedangkan 'inah bentuk kedua sahaja dibenarkan oleh Syafie.

iii) Sebenarnya tidak melakukan penjualan hakiki, penjualan mesin fotostat itu atas kertas dan tak keluar dari pejabat asal, sedangkan Rasulullah saw melarang melakukan penjualan barangan yang tidak di serah terima, kalau binatang ada serah-terima bila keluar dari kandang, kalau rumah diserahkan kuncinya, kalau barangan pejabat dah dipindah dari pejabatnya. Tapi adakah pembeli telah tahu mesin fotostat mana yang dibelinya?

Ketiga-tiga fakta ini membuktikan bahawa sistem perbankan Islam yang amat keliru menerapkan Islam dalam urusan sehariannya...

Kesimpulannya : HELAH RIBA

Sekian wassalam.