RENCANA

 

Propaganda

Kandungan

Mengapa topik ini penting

Bagaimana ia telah digunakan dengan berkesan dalam sejarah

Menjual Pengalaman yang penuh cabaran dan empayar

Perang salib

Peperangan Sepanyol-Amerika dan Peperangan Dunia Pertama

Peperangan Dunia II

Perang Dingin

Bagaimana propaganda digunakan secara tidak berkesan dalam sejarah?

Bagaimana Propaganda Kini Digunakan Secara Berkesan

Bagaimana Propaganda Boleh Digunakan Secara Berkesan Masa Kini?

Khalifah dan Penggunaan Propaganda

Kesimpulan

PROPAGANDA:

KEPENTINGAN DAN BAHAYANYA


Mengapa topik ini penting?

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan berita secara berterusan akan mendapati terdapat propaganda yang disebarkan dalam saluran-saluran media massa. Liputan berita peperangan di Iraq telah memastikan secara umumnya masyarakat dunia sedar tentangnya dan sedang membincangkan peristiwa ini.

 

Propaganda boleh mempunyai kesan yang besar ke atas pandangan masyarakat dan tidak semestinya sesuai dengan keinginan pihak yang menyebarkannya. Oleh kerana pengaruh media massa dapat memberi kesan mendalam dalam kehidupan manusia, maka dengan itu kuasa propaganda semakin berkembang. Kita hidup dalam era yang memerlukan kita memahami perkara ini. Kita perlu memahaminya supaya kita boleh menafsirkan berita dengan tepat. Tujuan mereka yang menyebarkan propaganda adalah berguna untuk membantu kita mendapatkan gambaran tentang senario politik dunia. Perlu ada kefahaman tentang bagaimana ia boleh digunakan terhadap Muslim yang ingin mengubah keadaan semasa. Fitnah adalah lebih dahsyat apabila didokong oleh jentera propaganda yang menyebarluaskannya ke khalayak ramai. Kita perlu mengetahui bagaimana kaum Muslim yang ikhlas boleh menggunakan propaganda secara berkesan atau sama ada pada hakikatnya hukum syara’ membenarkannya sama sekali. Pelbagai negara menggunakan propaganda dengan amat berkesan di masa lepas. Patutkah Khilafah menggunakan propaganda. Jika boleh adakah penggunaannya dibatasi oleh syariah. Jika tidak patutkah penggunaannya dibatasi oleh mana-mana panduan sama sekali?

 

Setelah menyebut beberapa bidang yang memerlukan kefahaman, adalah jelas bahwa untuk merangkumi semua aspek secara menyeluruh adalah mustahil. Maka maqalah ini akan hanya merangkumi kepada pengkajian terhadap propaganda daripada sudut yang khusus iaitu: Penggunaan Propaganda oleh Pemerintah dan akibat yang bakal terjadi, serta kesannya ke atas penggunaan propaganda oleh Khilafah.

 

Apakah propaganda? Kebanyakan orang mempunyai takrif tersendiri mengikut kefahaman  dan sudut pandang masing-masing. Mungkin agak memeranjatkan bahwa takrif sebenar adalah agak kontroversi dan orang ramai agak sukar untuk menerimanya.

Di sini dipaparkan satu cubaan untuk mentakrifkannya:

 

“Propaganda adalah … cubaan yang disengajakan oleh sesetengah individu atau kumpulan untuk membentuk, mengawal atau mengubah sikap kumpulan-kumpulan lain melalui penggunaan alat-alat perhubungan dengan niat bahwa dalam sebarang keadaan tindakbalas mereka yang dipengaruhi akan memenuhi keinginan mereka yang menyebarkan propaganda tersebut”.

 

Di sini dibentangkan beberapa takrif yang diperolehi daripada kamus Webster:

 

  1. Penyebaran secara teratur terhadap doktrin atau perjuangan atau maklumat yang mencerminkan pandangan dan kepentingan mereka yang mendokong doktrin atau perjuangan itu.

 

  1. Bahan yang disebarkan oleh para pendokong atau penentang doktrin atau perjuangan; propaganda peperangan.

 

  1. Propaganda – Gereja Katolik Rom. Satu bahagian daripada Roman Curia yang mempunyai kekuasaan dalam perkara menyebarkan agama (kristian), mewujudkan gereja dalam negara-negara kristian, dan mentadbir mubaligh kristian dalam wilayah-wilayah yang tidak memiliki tatatingkat yang tersusun.

 

Ringkasnya, takrif yang dibentangkan di atas kelihatan sesuai. Walau bagaimanapun terdapat satu aspek yang tidak ada dalam takrif tersebut yang begitu penting kepada kita sebagai Muslim yakni tidak disebut kebenaran atau kepalsuan. Kebanyakan orang ramai apabila menggambarkan propaganda akan serta merta mengaitkan dengan takrif di atas, faktor tambahan yakini mereka yang menyebarkan propaganda bukan sahaja mencuba untuk mengubah sikap kumpulan-kumpulan lain tetapi sebenarnya berusaha untuk mengubah mereka dengan memutarbelitkan kebenaran dengan cara membesar-besarkannya atau dengan menipu. Propaganda seperti inilah yang biasa kita hadapi apabila meneliti media massa dalam krisis terbaru dan propaganda seperti inilah yang akan dibahaskan.

 

Bagaimana ia telah digunakan secara berkesan dalam sejarah?

 

Terdapat banyak contoh yang menunjukkan bagaimana propaganda digunakan secara berkesan dalam sejarah:

 

þ    Menekankan perangkaan yang mengandungi penipuan untuk memberi gambaran elok tentang ekonomi untuk mewujudkan perasaan tenang di kalangan orang ramai.

 

þ    Menggembar-gemburkan atau mereka aspek negatif tentang kumpulan politik yang mempunyai keupayaan mengancam untuk memburukkan mereka di hadapan masyarakat.

 

þ    Membentangkan fakta-fakta yang dipilih ketika peperangan untuk memberi gambaran yang mengelirukan tentang kemajuan dalam peperangan.

 

Dalam setiap kes, sesebuah negara akan cuba memesongkan pandangan masyarakat supaya mereka mendokong parti pemerintah.

 

Menjual Pengalaman Yang Penuh Cabaran dan Empayar

 

Beberapa lama sebelum gereja katolik melahirkan istilah propaganda, orang perseorangan dan empayar menggunakan cerita-cerita dan imej-imej untuk mencipta satu gambaran yang disengajakan. Empayar Trajan Rom yang memerintah antara 98 – 117 Sebelum Masihi menggunakan kekayaannya dan kekuasaannya untuk merakamkan kejayaan pemerintahannya secara berkekalan di Rom. Maka pemerintahannya menikmati kejayaan dan keuntungan yang kelihatan jelas di mata rakyat. Tidak mungkin terjadi ia akan merakamkan peristiwa-peristiwa negatif untuk generasi akan datang.

 

Pembangun-pembangun empayar seterusnya menggunakan gambaran kekayaan dan kejayaan – ketenteraan dan kerohanian – untuk menggoda para sukarelawan. Gambaran tentang roh-roh yang belum dikristiankan lagi dan gunung emas lazim ditemui dalam pelbagai laporan yang terbit daripada wilayah jajahan Sepanyol dan Portugal. Catatan awal Inggeris menjanjikan tanah luas yang menguntungkan dan penduduk tempatan yang mesra kepada bakal peneroka tanah.

 

Terdapat bukti bahwa Empayar Britain di India dalam tahun 1800an cuba untuk mengubah imej mereka sebagai penceroboh yang sering mengeksploitasi sumber menjadi sebuah lembaga yang kononnya berusaha untuk memajukan budaya-budaya yang mundur.

 

Serangan orientalis dan mubaligh kristian yang kita amat ketahui adalah contoh tentang penggunaan propaganda secara berkesan oleh sebuah negara untuk melaksanakan dasar luar negerinya ke atas negara lain. Di sini ‘fakta-fakta’ yang dipilih daripada budaya barat dan Islam dikumpulkan sedemikian rupa untuk melemahkan pemikiran Islam dan mengukuhkan pemikiran barat.

 

Perang Salib

 

Satu lagi peristiwa bersejarah yang kita ketahui adalah perang salib. Kuasa-kuasa Eropah Barat khususnya gereja begitu berjaya mewujudkan propaganda anti-Islam untuk membentuk keadaan yang membuatkan orang membenci dan menggeruni Muslim dan membuatkan mereka terdesak dan berusaha mengenepikan Deen Islam dari dunia ini. Kajian ke atas karya-karya pada masa itu menggambarkan Muslim sebagai pengganas keji yang menyembah syaitan yang diwakili oleh berhala di Makkah. Banyak lagu yang ditulis dengan niat mengapikan perang salib, contohnya ‘Askar-askar kristian mara ke medan peperangan…’. Taktik propaganda anti-Muslim di peringkat awal perang salib itu masih lagi terbukti berguna pada hari ini khususnya digunakan oleh kuasa-kuasa yang memerlukannya untuk menyemarakkan perasaan anti-Muslim dari semasa ke semasa.

 

Peperangan Sepanyol-Amerika dan Peperangan Dunia Pertama

 

Peperangan Sepanyol-Amerika 1898 seringkali dilihat sebagai konflik yang sebahagian besarnya dimulakan dan diapi-apikan menggunakan propaganda. Penerbit Jurnal New York Randolph Hearst (ibarat seperti pemilik media terkenal Rupert Murdoch) lazimnya dipercayai telah memberitahu seorang wartawan di Cuba, “Anda berikan gambar-gambarnya (kepada kami), nanti saya akan menyediakan peperangannya”. Tanpa mengira kesahihan kisah ini, dakwaan Hearst dalam media bahwa periuk api Sepanyol telah menenggelamkan kapal perang USS Maine dan seterusnya mendorong negara itu ke arah peperangan. Cara keji dan hina yang digunakan oleh akhbarnya untuk menggambarkan kaum Sepanyol dan caranya yang berlebih-lebihan dalam mendramatikkan peperangan dan perasaan itu dikenali sebagai “Pemberitaan Kuning”.

 

Peperangan Dunia I menandakan penglibatan singkat pemerintah Amerika secara rasmi untuk mewujudkan propaganda. Bagi mempercepatkan kerahan tentera dan menjual bon-bon peperangan kepada masyarakat yang lebih suka memencil diri, Presiden Wilson membentuk Jawatankuasa Maklumat Awam (JMA). JMA menghasilkan poster, filem dan bahan lain yang menyamakan perjuangan Amerika dengan demokrasi dan kekeluargaan. Propaganda Amerika mengambil iktibar dari taktik Britain dan Perancis yang menekankan tentang kekejaman “orang Hun” (kaum nomad zaman silam yang suka berperang) dan “pemerkosaan” ke atas negara Belgium yang tidak memihak kepada sesiapa. Kekhuatiran tentang penghijrahan orang dari luar ke negara mereka dan revolusi menjadi perkara penting dalam propaganda pemerintah yang khuatir tentang ancaman komunis selepas perang.

 

Peperangan Dunia II

Ketika Peperangan Dunia II istilah propaganda mengandungi maksud yang mencurigakan – disebabkan sebahagian besarnya oleh penekanan ke atas penciptaan propaganda oleh Jerman (Third Reich) di bawah kepimpinan Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.

 

Hitler menyatakan butiran terperinci tentang prinsip-prinsipnya dan kaedah-kaedahnya dalam bukunya Mein Kampf. Dalam buku itu beliau menyatakan bahwa beliau mempelajari rahsia-rahsia propaganda yang berjaya daripada Britain dalam Peperangan Dunia I. Beliau melaksanakan pengajaran yang beliau timba untuk menyatukan bangsa Jerman menjadi alat yang kuat untuk melancarkan peperangan dan penaklukan. Hitler memutuskan keganasan dengan sendirinya tidak akan memenuhi matlamatnya; dan sejarah telah membuktikan kepada beliau bahwa ia tidak berkesan dalam jangka panjang dan kesannya akan menghantui mereka yang menimbulkan kekacauan. Beliau mengetahui bahwa kejayaan bergantung kepada penguasaan terhadap aqal, pemikiran, dan perasaan orang ramai dan dengan mempengaruhi mereka dengan teori-teori Nazi, menanamkan kebencian dan kegembiraan mengikut keinginannya.

 

Matlamat yang memiliki cita-cita yang tinggi serta berwawasan jauh itu hanya boleh dicapai dengan mengambil kesempatan dan menguasai semua cara untuk menyebarkan propaganda – platform, penimbunan, media, radio dan pawagam; dan setelah tidak disangkal dapat memiliki kesemuanya, Hitler menghidupkan dan meneruskan aliran propaganda yang lancar dan mantap.

 

Beliau memberitahu kita tentang cara yang beliau harap untuk mencapai matlamatnya dan ia boleh diringkaskan seperti berikut:

 

«    Menberi tekanan bertalu-talu beberapa perkara ringas dan menggunakan slogan-slogan menarik atau slogan peperangan;

 

«    Bermain-main dengan naluri sekawan dan sering merayu kumpulan atau orang ramai – bukan terhadap orang perseorangan;

 

«    Mengelakkan dari hujah rasional, dan menumpukan kepada mendapatkan tindakbalas sepontan khususnya terhadap perasaan takut.

 

Perang Dingin

 

Sifat Perang Dingin (iaitu bahaya yang benar-benar mengakibatkan terheret ke dalam perang fizikal disebabkan oleh ancaman nuklear) menjamin berlakunya pergantungan besar terhadap propaganda oleh kedua-dua pihak (Blok kapitalis & komunis). Di Amerika Syarikat, usaha diterajui oleh Agensi Maklumat Amerika Syarikat dan Radio Bebas Eropah. Pada masa yang sama rejim-rejim komunis menampilkan imej terbaik mereka dengan memaparkan gambaran “rasmi” petani-petani yang gembira dan pekerja-pekerja yang produktif.

 

Bagaimana propaganda digunakan secara tidak berkesan dalam sejarah?

Boleh dihujahkan menggunakan aqal bahwa walau pun kaum Quraish menggunakan propaganda dengan berkesan dalam Makkah dan persekitarannya tetapi ia gagal menghancurkan misi Rasulullah SAW. Kaum Aus dan Khazraj tidak menjadi mangsa kepada pembohongan Quraish. Raja Najasyi dari Abysinia juga mampu mengelakkan dari terperangkap ke dalam pembohongan Quraish. Di Makkah, kaum Quraish terpaksa bertindak secara berhati-hati kerana keperibadian Rasulullah SAW tiada cacat celanya dan oleh itu adalah sukar bagi Quraish untuk menyerangnya dengan cara yang berwibawa.

 

Dalam Perang Vietnam bilangan sebenar mayat dirahsiakan sebahagian besarnya dengan cara tidak mengambil kira mereka yang hilang dalam pertempuran dalam senarai mangsa perang. Walau pun pemerintah Amerika cuba memaparkan pelobi anti-perang sebagai orang-orang komunis yang sesat, mereka gagal kerana pelbagai sebab untuk mengekalkan dokongan orang ramai untuk berperang.

 

Dalam kebanyakan rejim diktator dalam 50 tahun yang terakhir, berulang-kali berlaku pilihanraya yang menghasilkan keputusan yang meragukan yang kononnnya menghasilkan keputusan undian 90% kepada pemimpin tertentu. Ini menunjukkan kegagalan propaganda yang membuatkan rakyat tidak meyakini keputusan tersebut dan membuatkan mereka menjadi semakin ragu. Ketika keraguan meningkat, kemampuan pemerintah-pemerintah untuk menyebarkan propaganda terjejas.

 

Penggunaan sumber-sumber media satelit yang semakin meningkat di Timur Tengah selepas Perang Teluk Pertama membuatkan pemerintahan tertentu semakin sukar menguasai punca-punca maklumat dan oleh itu membentangkan gambaran yang berat sebelah tentang pelbagai peristiwa. Sumber-sumber media yang lain menjejaskan cubaan pemerintah untuk memaparkan gambaran tertentu khususnya apabila pemerintah yang terbabit cuba melakukan pembohongan.

 

Bagaimana Propaganda Kini Digunakan Secara Berkesan

 

Pemerintah-pemerintah Barat tanpa ragu-rague menggunakan propaganda zaman moden secara berkesan. George Orwell, dalam pengenalannnya terhadap karya ‘Animal Farm’ yang akan diterbitkan, menggambarkan bagaimana penapisan dalam masyarakat bebas adalah jauh lebih canggih dan mendalam jika dibandingkan dengan rejim-rejim diktator kerana ‘pemikiran-pemikiran yang tidak masyhur boleh disenyapkan dan fakta-fakta yang kurang disukai boleh disembunyikan, tanpa memerlukan larangan rasmi’. Dalam tempoh 50 tahun sejak beliau menulis kenyataan itu intipati utamanya masih kekal – yakni mereka yang mempersoalkan sifat sistem itu akan menghadapi kemungkinan diketepikan daripada ‘arus perdana’. Penapisan adalah salah satu alat propaganda. Apa yang diperkatakan adalah propaganda rejim Barat berjaya kerana lazimnya ia dilakukan secara halus dan kelihatan seolah-olah menyakinkan terhadap orang awam mahu pun kebanyakan golongan terpelajar. Suara-suara yang mengkritik digunakan untuk menjadikan pandangan rasmi menjadi berwibawa. Dengan menggunakan pandangan-pandangan pengkritik untuk menunjukkan bahwa kita tinggal dalam masyarakat bebas yang membolehkan semua pandangan didengari, propaganda tidak diperlukan dan oleh itu apa yang diperkatakan oleh pemerintah mungkin adalah benar.

 

Sebelum mengkaji pelbagai contoh tentang propaganda pada masa kini, adalah elok untuk membincangkan perkara lain untuk sementara waktu dan melihat seimbas lalu terhadap kaedah-kaedah propaganda. Terdapat banyak kaedah dan di bawah ini dibentangkan salah satu klasifikasi yang kebanyakannya adalah jelas yakni:

þ    Rayuan kepada pihak berkuasa;

þ    Penegasan:

þ    Kemenangan yang tidak dapat dielakkan;

þ    Mendapatkan penolakan;

þ    Perkara-perkara umum yang gilang gemilang;

þ    Kekaburan;

þ    Rasionalisasi;

þ    Penyederhanaan;

þ    Pemindahan;

þ    Yang kurang keji;

þ    Pemberian gelaran tertentu atau penggantian nama atau label akhlaq;

þ    Penunjukkan terhadap musuh;

þ    Cerita-cerita karut yang mudah difahami;

þ    Penolakan sosial;

þ    Perkataan-perkataan yang elok;

þ    Slogan-slogan;

þ    Kesaksian;

þ    Sekatan rasmi;

þ    Sumber-sumber peribadi tentang kesaksian pihak berkuasa;

þ    Ketiadaan sumber-sumber peribadi terhadap kesaksian pihak berkuasa;

þ    Kebenaran yang mengkagumkan;

þ    Double-cutting edge;

þ    Sindirian

þ    Penompokan kad dan pemusnahan terpilih;

þ    Pembentangan tentang pihak lain;

þ    Penipuan dan penyelewengan;

þ    Perubahan rentak;

þ    Pemberhentian;

þ    Anjakan senario;

þ    Pengulangan

þ    Ketakutan terhadap perubahan.

 

Bagi mereka yang tertarik untuk mengikuti perkembangan berita, senarai yang dinyatakan boleh dikategorikan ke dalam pelbagai kumpulan berdasarkan usaha yang dilakukan oleh penganalisis untuk mengesan jenis propaganda.

 

Propaganda dalaman yang dijanakan sejak peristiwa pengeboman 11 September telah mengizinkan pentadbiran Bush untuk memaksakan dasar luar negeri yang agresif dan menggoncang dunia. Ia bergantung kepada penguasaan media massa yang digandingkan dengan kerjasama aktif daripada badan-badan media tersebut. Kita semua sudah biasa dengan:

 

þ    Memaparkan Islam dan Muslim dalam gambaran yang salah.

 

þ    Mengelak dari menyebut mangsa korban Muslim di kalangan orang awam di Afghanistan atau Iraq.

 

þ    Media mengelak dari memberi pendedahan yang mencukupi tentang alasan Bush dan Blair yang diulang berkali-kali yang ingin menceroboh Iraq.

 

þ    Perarakan palsu seperti merobohkan patung Saddam.

 

þ    Mengelak dari memberi liputan tepat tentang perarakan anti-Amerika di Iraq.

þ    Mengelak media dari menjelaskan kemunafikan Amerika dalam melayani tawanan perang contohnya di Teluk Guantanamao.

þ    Menggambarkan Ali Kimia (saudara Saddam yang melancarkan senjata kimia ke atas penduduk Kurd) secara sinis untuk mempromosikan simpati barat bagi menghalalkan tindakan tentera bersekutu kuffar tetapi membiarkan beribu-ribu orang menderita.

 

þ    Mengelak secara sinis daripada melaporkan tentang pengeboman secara sengaja ke atas sumber-sumber media ‘yang tidak bersahabat’ seperti wartawan-wartawan al-Jazirah dan Eropah yang lain.

 

þ    Mendapati bahwa dalam beberapa keadaan, apabila terjemahan Inggeris disediakan untuk orang yang berbahasa Arab, semua perkataan-perkataan Islam diabaikan. Bangsa Arab atau bangsa lain sering ditegaskan mengatasi identity Islam mereka.

 

þ    Penentangan ke atas Presiden Hugo Chaves yang memerintah Venezuela sering digambarkan sebagai penentangan yang mendapat sokongan ramai, mengabaikan hakikat bahwa Amerikalah yang mendalangi penggulingan kuasa ke atas Hugo dan rakyatlah yang mengembalikan Chavez ke tampuk kekuasaan.

 

Dalam perang teluk sebelumnya, adalah menarik untuk mengingatkan semula bahwa media menyatakan bom-bom yang dijatuhkan Amerika adalah 90% tepat. Sebenarnya 90% bom yang dijatuhkan adalah bom-bom yang tidak berpandu. Sistem peluru berpandu Patriot yang dibanggakan tidak berjaya menembak jatuh walau satu pun peluru berpandu musuh.

 

Manakal Dalam negara, Bush secara berkesan telah menggunakan ketakutan terhadap Islam atau Senjata Pemusnah Besar-besaran atau rejim diktaktor lain untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara-perkara serius dalam negaranya termasuk keadaan dahsyat ekonomi Amerika yang mana kemiskinan tahap dunia ketiga juga terdapat di sesetengah tempat di Amerika.

 

Berkenaa dengan US, petikan terkini daripada akhbar Guardian (Britain),  “Peperangan ini tidak menggambarkan sifat Amerika”, tulis Jonathan Freedland tentang Operasi Membebaskan Iraq. Amerika “masih lagi menganggap dirinya rakan yang didorong oleh naluri untuk semua orang yang berjuang untuk mengusir penjajah asing – dan negara terakhir di bumi yang berperanan sebagai pemerintah luar.” (‘Empayar George’, Jonathan Freedland, The Guardian, April 2, 2003).

 

Sehari sebelumnya, Hugo Young telah menggambarkan bagaimana Presiden Amerika, John F. Kennedy, bercakap tentang “perdamaian tulen … Bukan perdamaian kubur atau keselamatan hamba” beliau mendapati “orang yang mendengar ucapannya yakin dengan beliau” – kata-kata beliau “dituturkan dengan prinsip yang menggambarkan kewibawaan, disemai dengan sifat pemurah yang berciri antarabangsa.” (‘Blair mempunyai satu peluang terakhir untuk melepaskan dirinya daripada kesetiaan yang tercemar’, Hugo Young, The Guardian, April 1, 2003).

 

Kedua-dua petikan ini kononnya diperolehi daripada akhbat yang sepatutnya dibaca oleh cendikiawan liberal. Jika seseorang memerhatikan apa yang dikatakan anda akan dapat melihat bahwa fikrah yang dipaksakan oleh Amerika dan Britain seolah-olah secara asasnya kelihatan menunjukkan mereka ikhlas dan merasa amat berat untuk terlibat dalam urusan perang yang mengerikan. Maka, Martin Woollacott mencatatkan bahwa peperangan berdarah ke atas Baghdad “menghadapi risiko mencemarkan pembebasan yang kononnya adalah matlamat utama Britain dan Amerika”. (‘Pembebasan rakyat Iraq tidak akan menjadi tindakan tunggal tetapi merupakan proses yang lama’, Martin Woollacott, The Guardian, Mac 28, 2003).

 

Apa yang ingin dilakukan (Amerika dan penyokongnya) ialah supaya kita tidak merasa benci dengan keganasan dan ketamakan yang jelas ditunjukkan oleh kuasa penceroboh tetapi mereka inginkan pembaca merasa kasihan terhadap kuasa-kuasa ini apabila mereka mendapati hakikat perang bercanggah dengan misi tugas mereka. Secara ringkasnya seluruh peristiwa itu digambarkan seolah-olah “memang kasihan orang-orang awam yang tidak berdosa dibunuh tetapi hasilnya rakyat Iraq dibebaskan”. Hasilnya adalah pembaca diselewengkan daripada perkara tersembunyi sebenar. Jelaslah kita diasak bertubi-tubi dengan propaganda negara di semua tahap pemberitaan.

 

Bagaimana Propaganda Boleh Digunakan Secara Berkesan Masa Kini?

 

Selepas peristiwa 11 September, Amerika berbicara tentang mewujudkan satu badan yang akan menyebarkan maklumat. Kita tidak pernah mendengar tentangnya lagi. Kebangkitan sumber-sumber media bebas serba sedikit telah mengurangkan kepercayaan terhadap negara khususnya di kalangan cendikiawan. Satu contoh tentang perkara ini ialah pertubuhan UK, Media Lens (Kanta Media), yang memantau media UK dan mendedahkan propaganda dan kemunafikan. Ia memberi amaran kepada anggotanya dan secara langsung mencabar anggota-anggota media; ia menggunakan keangkuhan mereka (iaitu keinginan untuk dilihat sebagai media yang berobjektif) untuk mendapatkan maklumbalas daripada mereka dan ia kemudiannya menerbitkan perbincangan tersebut. Ketika perang Iraq, Al-Jazirah adalah salah satu sumber maklumat yang sering dikunjungi. Terdapat banyak lagi sumber berita dalam internet. Pelbagai kaji selidik di UK menunjukkan orang ramai kurang percaya dengan media rasmi. Perkara ini perlu diuruskan secara giat oleh pemerintah-pemerintah Barat dan walau pun mereka boleh melakukannya tetapi ia adalah perkara yang sukar kerana masyarakat bersikap sinis terhadap mereka secara umumnya dan cendikiawan Barat juga sinis dan menaruh keraguan terhadapnya.

 

Satu lagi contoh masa kini tentang kegagalan propaganda negara dibuktikan oleh ketidakpercayaan tentang kebanyakan maklumat yang disampaikan oleh pemerintah dalam negara-negara Muslim. Setelah bertahun-tahun media dimanipulasi oleh diktator dengan cara yang kelihatan jelas telah memakan diri mereka. Masalah Muslim yang bersifat politik mungkin sekali tidak percaya dengan maklumat yang disampaikan oleh agensi-agensi propaganda pemerintah.

 

Khilafah dan Penggunaan Propaganda.

 

Kita telah lihat di atas bahwa propaganda boleh mendatangkan manfaat dan boleh menimbulkan masalah. Kita perlu mengambil iktibar dari sejarah dan kejadian masa kini untuk mengemukakan syor bagaimana Khilafah memandang penggunaan propaganda.

 

Shari’ah melalui kenyataan yang dibuat oleh Rasulullah SAW seperti “Peperangan adalah penipuan” kelihatan membenarkan Khalifah banyak ruang untuk menggunakan propaganda demi keselamatan negara ketika peperangan. Di masa aman, kekuasaan ini dilanjutkan supaya Khalifah boleh menipu musuh negara dengan memasang perangkap politik seperti menggerakkan askar di salah satu sempadan negara sebagai helah untuk merahsiakan pelbagai tindakan yang dirancang di tempat lain. Penggunaan media oleh negara untuk menyebarkan konsep Islam dalam negara dan di luar negara boleh dijangkakan dan tidak tertakluk di bawah takrif propaganda yang mana maqalah (artikel) ini membataskan perbincangan tentangnya. Islam adalah kebenaran. Oleh itu ketika menggunakan media massa untuk menyebarkan Islam, anda tidak boleh melakukan penyelewengan dalam apa cara sekali pun. Dalam hal ini negara dijangkakan akan memaparkan Islam secara tepat dan memaparkan kufr dengan tepat kerana hanya Islam sahaja yang boleh memenangi persaingan ini. Sesetengah teknik yang digunakan dalam propaganda pembohongan hampir kebanyakannya boleh digunakan untuk matlamat dakwah Islam yang sah.

Persoalan mungkin timbul tentang penggunaan propaganda oleh Khalifah yang boleh menyebabkan orang ramai diselewengkan dengan sengaja:

 

ý    Menutupi masalah ekonomi seperti pengangguran dengan mengubah perangkaan

 

ý    Menutupi masalah perundangan dan masalah lain dengan hanya menonjolkan kejayaan

 

ý    Alhamdulillah tidak mungkin dalam peperangan Khalifah akan merahsiakan bilangan orang yang mati syahid dalam jihad kerana tidak seperti pandangan umum barat, bilangan syuhada’ akan menjadi sumber perangsang ke atas ummat. Walaubagaimana pun, Khalifah mungkin terdorong untuk menyembunyikan bilangan yang terkorban dalam peperangan terhadap kumpulan pemberontak Muslim.

 

ý    Beliau mungkin merahsiakan masalah kemasyarakatan seperti kekacauan. Beliau mungkin terdorong untuk menyembunyikan ketidakadilan oleh pegawai-pegawai pemerintah. Beliau mukngkin juga terdorong untuk merahsiakan bilangan orang yang ‘belot’ ke pihak barat.

 

ý    Beliau juga mungkin terdorong untuk menyembunyikan kelemahan yang ditonjolkan oleh barat dengan cara yang seolah-olah meminta maaf sebagai contoh beliau mungkin keberatan untuk menjelaskan batasan-batasan ke atas dakwah bukan Muslim dalam negara.

 

Masalah dengan penipuan seperti ini ialah ummat yang kita inginkan mempunyai kesedaran politik akan mengesan keadaan tersebut. Oleh kerana hukum Islam tentang kejujuran amat ditekankan dan tidak samar-samar lagi, maka kesan ke atas orang ramai akan menjadi negatif yakni mereka akan hilang kepercayaan terhadap Khalifah. Setelah beberapa dekad tinggal di bawah pemerintah yang tidak boleh dipercayai, adalah penting institusi khalifah membentuk hubungan erat dengan umat. Khalifah yang menipu akan mengakibatkan hubungan ini menjadi lemah dan oleh itu negara juga akan menjadi lemah.

 

Kebanyakan hukum Islam tentang tingkah laku pemerintah yang kita telah fahami kelihatan melarang Khalifah menggunakan teknik-teknik ini kecuali dalam urusan-urusan darurat yang melampau.

 

Jelaslah bahwa terdapat banyak ruang yang membolehkan Khalifah menggunakan dan sepatutnya memanfaatkan penipuan yang diizinkan yakni

 

þ    Dalam peperangan

þ    Ketika kedudukan negara terancam

þ    Bagi mengelakkan kekacauan contohnya ketika wabak penyakit merebak.

 

Walaubagaimana pun harga yang tinggi perlu dibayar dalam perkara kepercayaan jika Khalifah melakukan perkara sedemikian dan beliau sepatutnya melakukan penilaian berhati-hati sama ada ia berbaloi untuk berbuat demikian.

 

Bagi meringankan kemungkinan hilangnya keyakinan, adalah wajar bagi Khalifah untuk menerima pakai peraturan mengeluarkan dokumen seperti yang terdapat di barat di mana pengeluaran dokumen tidak lagi menggugat negara, dokumen-dokumen boleh dikeluarkan kemudian di bawah peraturan 10, 25 atau 30 tahun. Dokumen-dokumen ini lazimnya akan membantu menunjukkan dan membenarkan Khalifah melaksanakan langkah tertentu demi kepentingan Muslim. Ini akan mengatasi hilangnya keyakinan dan malah akan memperteguhkan ikatan antara pemerintah dan rakyat.

 

Panduan umum ini membiarkan banyak soalan tidak berjawab yakni jika sebuah senjata bio dilepaskan secara tidak sengaja, bolehkah Khalifah menggunakan kuasanya dalam masa darurat untuk merahsiakan kemalangan ketika ia sedang cuba diatasi. Apakah yang sepatutnya seseorang buat jika perisikan musuh didedahkan? Barat lazimnya mengamalakan tabiat tidak mendedahkan perisikan itu tetapi mengawal maklumat yang dibekalkan kepadanya untuk menggugat perisikan negara musuh. Terdapat banyak senario yang boleh dibicarakan di mana terdapat skop yang samar-samar dan ketika setiap kes khusus tidak dapat diuruskan, ia terpulang kepada keputusan Khalifah.

 

Khalifah sepatutnya menggunakan haknya untuk menggunakan penipuan dalam peperangan dan urusan keselamatan negara yang difikirkannya sesuai. Walau bagaimana pun, adalah tidak tepat baginya untuk menggunakan kawalannya ke atas media dalam urusan domestik untuk menipu orang ramai tentang kelemahan negara. Ini akhirnya akan mengakibatkan ketidakyakinan terhadap institusi Khalifah dan mengakibatkan kelemahan serius dalam keutuhan Khilafah. Penipuan menggunakan cara ini adalah cara yang digunakan dalam politik barat berdasarkan pemikiran Machiavelli bukannya politik Islam. Kita tidak pernah melihat Rasululllah SAW atau Khulafah Rashidah mengizinkan penggunaan kaedah-kaedah ini dan ummah yang bertaqwa tidak mungkin akan mendukungnya.

 

Kesimpulan

 

Sebagai kesimpulan, propaganda adalah satu perkara yang besar skopnya dan mempunyai sejarah yang panjang. Kesannya ke atas masyarakat boleh menjadi kuat tetapi ia adalah alat yang bahaya dan kotor dan jika ia digunakan dengan terburu-buru ia akan memakan diri sendiri dalam konteks Islam. Dalam Islam mengatakan kebenaran adalah nilai paling tinggi dan pemimpin-pemimpin sepatutnya menjadi contoh nilai-nilai paling tinggi. Kajian ke atasnya adalah mustahak untuk memahami muslihat politik yang dilakukan oleh kuasa barat untuk mempertahankan masa hadapan Negara Islam dan untuk menggugat kewibawaan kuasa-kuasa ini apabila kita menyebarkan dakwah.

 

Akhir sekali, kita sepatutnya memastikan Khalifah dinasihatkan secara menyeluruh tentang bahaya alat ini dan penggunaannya sepatutnya diharamkan dalam semua konteks dalam negara selain daripada keadaan darurat.