|
Isu Dalam Negeri
| |
| ||
Isu
Dalam Negeri
Ubah definisi Jihad |
Ubah terjemahan jihadKUALA LUMPUR 10 Ogos - Terjemahan perkataan jihad yang membawa maksud `berjuang' dalam tafsiran al-Quran perlu diubah bagi mengelakkan Islam terus dilabel sebagai agama yang menyokong keganasan. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob berkata, perkataan jihad sepatutnya tidak hanya ditekankan kepada berjuang yang sering dikaitkan dengan keganasan dan peperangan. Sebaliknya, menurut beliau, maksud sebenar perkataan jihad fi sabilillah ialah `berusaha ke jalan Allah' yang boleh diberi interpretasi secara meluas termasuk menambah ilmu serta membaiki akhlak. Katanya, antara tafsiran al-Quran yang memberi makna jihad sebagai berjuang ialah yang diterjemahkan oleh ulama Yusof Ali serta tafsiran Al-Quran versi Indonesia. ``Berjuang dalam bahasa Arab ialah `Katala' yang diambil daripada perkataan `Kital'. ``Oleh itu, bila menterjemahkan perkataan jihad dalam tafsiran Al-Quran perlu disertakan dengan nota kaki yang menjelaskan maksud perkataan tersebut dalam perspektif yang lebih luas,'' ujarnya. Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Keamanan pada Persidangan Keamanan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini. Menurut Abdul Monir, contoh paling besar mengenai konsep jihad yang disalahertikan terutama oleh media Barat apabila perkataan itu diterjemahkan secara langsung sebagai `perang suci' (holy war). Beliau memberitahu, `perang suci' bukanlah terjemahan kepada perkataan jihad, sebaliknya perkataan tersebut bermula semasa Perang Salib yang mana ia menghuraikan mengenai penentangan Kristian terhadap negara Islam. ``Sejak kejadian 11 September, perkataan jihad digunakan secara berterusan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam sekali gus menggambarkan agama Islam dari sudut yang negatif,'' ujarnya Pandangan IKIN berkenaan dengan definisi Jihad sebenar
JIHAD
Jihad
dari segi Haqiqah Lughawiyah, ‘Urfiyyah dan Syar’iyyah 1)Haqiqah
Lughawiyah – Makna Bahasa Jihad
berasal dari kata jâhada,
yujâhidu, jihâd.
Kata akar JAHADA mempunyai terlalu banyak maksud di dalam bahasa Arab
seperti: mencurahkan tenaga supaya menjadi sempurna, seorang pelajar yang
rajin belajar, mencapai tujuan atau mewujudkan, bekerja untuk mencapai
tujuan, menjadi letih, menyoalsiasat, menegaskan, dibebani, menjadi lemah
kerana sakit, seseorang yang bekerja keras, sakit cinta, bercampur,
bangkit, berkehendak, makan dengan banyak, jujur, bekerja keras,
berhati-hati, menggunakan kesemuanya dan berjuang tanpa rehat. Atau
dengan kata lain, jihad boleh diertikan sebagai saling
mencurahkan usaha (Dr Muhammad Khair Haykal, Al-Jihâd
wa al-Qitâl fi as-Siyâsah
as-Syari’yyah, jld 1/38). Lebih jauh lagi, Imam an-Naysaburi, dalam
kitab tafsirnya, menjelaskan makna jihad iaitu, mencurahkan
seluruh tenaga untuk memperolehi maksud tertentu (Dr Muhammad Khair
Haykal, op. cit. jld 1/40). Berdasarkan
makna bahasa ini, jihad merupakan kemampuan
yang dikerah semaksima mungkin, adakalanya berupa perbuatan fizikal,
dengan senjata atau tanpa senjata, adakalanya dengan menggunakan harta
benda dan kata-kata untuk meraih tujuan tertentu. 2)Haqiqah
‘Urfiyyah – Makna Adat Penggunaan
lafaz jihad bagi para sahabat hanya membawa satu makna sahaja iaitu
berperang. Mereka tidak memahami dengan makna lain selain berperang. Salah
satu riwayat adalah mengenai jawapan Abu Musa al-Asy’ari ketika berada
di masjid:
“Wahai Abdullah bin Qays, beliau disebut dengan nama aslinya. (Lelaki
itu berkata); ‘Bagaimana pandangan kamu jika aku mengambil pedangku,
kemudian aku pergunakan untuk berperang semata kerana Allah, kemudian aku
terbunuh dan aku dalam keadaan seperti, di mana kedudukanku?’ Beliau
(Abu Musa) menjawab: ‘Di syurga…’ Ternyata
perkataan jihad pada awal Islam tidak pernah terkeluar dari kerangka utama
perang sama ada bererti al-qital,
al-ghawz, al-harb mahupun yang lain. 3)Haqiqah
Syar’iyyah Makna Syara’ Pengertian
lafaz jihad telah dinukilkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dengan makna yang
lebih khusus: mencurahkan seluruh
tenaga untuk berperang di jalan Allah, sama ada secara langsung mahupun
dengan cara membantu dengan mengeluarkan harta benda, memberikan pendapat,
atau memperbanyak bekalan, atau lain-lain dalam rangka meninggikan kalimat
Allah. Penggunaan perkataan jihad dalam ayat Madaniyyah mencapai
sehingga 26 perkataan. Kesemuanya memberikan gambaran yang jelas bahawa
maksud jihad adalah perang
menentang orang-orang kafir dan keutamaan untuk keluar berperang
berbanding berdiam diri sahaja terhadap aktiviti berkenaan. “Tidaklah
sama antara orang-orang beriman, yang tinggal duduk (di rumah) bukan
kerana keuzuran, dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah, dengan
harta dan dirinya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjuang
dengan hartanya dan dirinya dari orang-orang yang tinggal duduk. Kepada
tiap-tiapnya, Allah menjanjikan kebaikan tetapi Allah memberikan pahala
yang berlipatganda kepada orang-orang yang berjuang lebih daripada
orang-orang yang duduk.” (TMQ
An-Nisa’, 4:95) “Berangkatlah,
ketika ringan atau berat, dan berjuanglah dengan harta dan dirimu di jalan
Allah. Itu paling baik untuk kamu sekiranya kamu tahu.” (TMQ
At-Taubah, 9:41) “Tetapi
Rasul dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya, mereka berjuang
dengan harta dan dirinya, itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan. Dan
itulah orang-orang yang beruntung.” (TMQ
At-Taubah, 9:88) “Kamu
beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjuang di jalan Allah(kebaikan)
dengan harta dan dirimu. Itulah yang lebih baik untuk kamu, sekiranya kamu
mengetahui.” (TMQ
As-Saf, 61:11) Selain
itu, terdapat banyak hadis Rasulullah saw yang di dalamnya terkandung
perkataan jihad dengan makna “berperang menentang orang kafir di jalan
Allah”. Antaranya seperti hadis riwayat al-Bukhari dari Abu Hurairah:
“Mereka (para sahabat)
bertanya: ‘Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami perbuatan yang
boleh menandingi jihad di jalan Allah?’ Baginda bersabda: ‘Kamu tidak
akan mampu melakukannya.’ Baginda bersabda: ‘Perumpamaan orang yang
berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, yang sentiasa
bangun (di tengah malam) dan patuh kepada ayat-ayat Allah, yang tidak
berhenti berpuasa, sedekah sehinggalah orang yang berjihad tersebut
kembali ke tengah keluarganya.’ Selain
dari dalil-dalil syarak tersebut, para fuqaha juga bersetuju bahawa
perkataan jihad bererti “mengerahkan seluruh kekuatan untuk berperang di
jalan Allah.” Menurut Fiqh Hanafi, Imam Kasani di dalam bukunya Bada’
Sama mendefinisikan jihad sebagai: “….menggunakan semaksima usaha
dan tenaga berperang di jalan Allah dengan diri, harta, lidah atau dengan
perkara lain…..” Menurut Fiqh Maliki pula, Imam Ibn Arafa, dari Sheikh
Khalil dalam Mukhtasar Al-Khalil,
berkata jihad adalah: “….seorang Muslim berperang menentang orang
kafir yang tidak ada sebarang perjanjian, di jalan Allah untuk meninggikan
nama-Nya……”. Di dalam Fiqh Shafie pula, Imam Shirazi dalam Al-Muhazab
Fil Fiqh Al-Shaafi berkata bahawa jihad adalah: “…menentang orang
kafir di jalan Allah dengan diri atau harta atau lidah atau dengan melatih
orang lain….”(boleh merujuk juga Kitab
Al-Minhaj oleh Imam Nawawi). Manakala menurut Fiqh Hanbali, Imam Ibn
Qudama Al-Maqdisi berkata jihad ialah: “…..memulakan peperangan dengan
orang kafir sama ada sebagai fardu kifayah atau fardu ain atau melindungi
orang-orang beriman daripada orang kafir atau menjaga sempadan atau
perbatasan dan berperang di barisan hadapan …..”.
Jihad menurut ulama-ulama usul pula adalah “…..berperang dengan
orang kafir untuk memberi kemenangan kepada Islam sebagai satu tujuan dan
bercita-cita menjadikan kalimat Allah swt yang tertinggi……” (Imam
Al-Qastalani, Imam Mawardi, Imam Al-Taftazani dan Imam Jirjani). Oleh itu,
ulama-ulama usul juga bersetuju dengan maksud jihad yang sama iaitu
berperang di jalan Allah memerangi orang kafir. Sekalipun
kata jihad menurut bahasa mempunyai makna mencurahkan segenap tenaga,
kerja keras dan sebagainya, tetapi syariat Islam menggunakan kata tersebut
demgam maksud berperang di jalan Allah. Penggunaan kata jihad dalam
pengertian berperang di jalan Allah lebih tepat digunakan berbanding
dengan makna bahasa. Hal ini sesuai dengan kaidah yang sering digunakan
oleh ahli usul fiqh: makna syarak lebih utama berbanding makna bahasa
mahupun makna adat (‘Atha ibn Khalil, Taysir al-wushul ila al-Ushul, hlm.
296). Kalaupun dilihat secara teliti jihad dari makna syara’ dan adat
tidak bercanggah definisinya. Jihad dari segi Jami’ dan Mani’ Dalam
Islam, setiap istilah mempunyai jami’
(merangkumi semua aspek yang dihuraikan) dan mani’
(mencegah semua aspek yang tidak termasuk dalam huraian). Definisi jihad
adalah: mengerahkan segenap tenaga untuk memerangi orang kafir sama ada
secara langsung mahupun dengan membantu harta benda, pendapat atau
memperbanyak bekalan dalam rangka meninggikan kalimat Allah.” Perkataan
“mengerahkan segenap tenaga” , meliputi sifat bersungguh-sungguh dalam
semua perkara tetapi jami’
telah mengkhususkan hanya dalam aspek “memerangi orang kafir.” Maka
selain dari aktiviti berperang seperti menuntut ilmu, usaha untuk
meningkatkan ekonomi dan membasmi buta huruf tidak termasuk dalam rangka
jihad fi sabilillah. Begitu juga sekiranya yang diperangi adalah orang
Islam seperti perang saudara yang berlaku di Oman tidak dikira sebagai
jihad malahan haram dilakukan. Adapun
kata: “samada secara langsung mahupun dengan cara membantu harta benda,
pendapat atau memperbanyak bekalan” meliputi orang yang pergi berperang
secara langsung dan secara tidak langsung seperti orang yang menyumbangkan
idea, harta benda atau bekalan perang. Maka orang yang pergi berperang di
jalan Allah mendapat pahala jihad, begitu juga orang yang tinggal di
belakang tetapi telah menyumbangkan ideanya atau harta bendanya atau
memperbanyakkan bekalan perang, mendapat pahala yang sama, cuma orang yang
pergi berperang berpeluang mendapatkan mati syahid! Manakala
kata: “dalam rangka meninggikan kalimat Allah” mengkhususkan orang
yang betul-betul ikhlas pergi berperang kerana Allah atau orang yang
betul-betul ikhlas menyumbangkan ideanya atau harta benda atau bekalan
perang. Sekiranya orang yang pergi berperang itu bercita-cita untuk
mendapatkan ghanimah/rampasan perang, maka dia tidak dikira sedang
berjihad. Begitu juga dengan yang pergi berperang kerana tanah tersebut
adalah tempat tumpah darahnya (wataniah), maka orang itu juga tidak dikira
sedang berjihad. Walau bagaimanapun, perkara yang terakhir ini hanya Allah
yang Maha Mengetahui, kita tidak dapat menentukannya kerana kita hanya
boleh berhukum secara perbuatan zahir sahaja, manakala perkara tentang
niat keikhlasan seseorang itu adalah perbuatan hati yang hanya diketahui
secara tepat oleh Allah SWT. Oleh
itu setelah diteliti secara mendalam dari segi mani’
dan jami’ maka kita mendapati
maksud jihad tidak boleh ditafsirkan selain daripada berperang
di jalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah. Beberapa
penafsiran Jihad yang salah. Jihad
versus “Melawan Nafsu" Berdasarkan
perbahasan di atas, adalah tidak ada kaitannya perkataan jihad dengan
tafsiran sesetengah pihak dengan “melawan hawa nafsu”. Tafsiran ini
telah terpesong dengan pengertian jihad yang sebenar iaitu “berperang di
jalan Allah untuk menentang golongan kuffar dalam rangka meninggikan
kalimat Allah”. Tafsiran ini diambil berdasarkan hadis berikut: “Kita
telah kembali dari jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar.”
Mereka para sahabat bertanya: “Apakah jihad yang lebih besar itu?”
Jawab baginda: “Jihad melawan hawa nafsu.” Hadis
ini, menurut al-Iraqi, di dalamnya terdapat sanad yang daif. Ibn Hajar al-Asqalani
pula mengatakan bahawa ini bukan sabda Nabi (bukan Hadis) melainkan
kata-kata Ibrahim bin Ablah (Ala’ ad-Din, Kanz
al-‘ummal, Muassasah ar-RisalahJuz IV, hlm. 616). Berdasarkan
analisa al-Iraqi, hadis berkenaan adalah daif. Sekiranya hadis berkenaan
tetap digunakan maka ia tidak dapat dijadikan hujah untuk membina suatu
pandangan. Tambahan pula, mengikut keterangan Ibn Hajar al-Asqalani,
kenyataan tersebut bukannya datang dari Nabi(Hadis Maudu’ – hadis
palsu), maka ia tidak mempunyai apa-apa nilai untuk dijadikan hujah Akan
tetapi, sekiranya kenyataan di atas tetap digunakan, dan andaikan ia
merupakan hadis sahih, maka lafaz al-jihad
al-asghar (jihad yang lebih kecil) masih lagi bermakna “perang”.
Ini kerana kata-kata Rasulullah ditujukan kepada kaum muslimin yang baru
pulang dari berperang. Mereka faham bahawa dengan jihad
al-asghar iaitu berperang di jalan Allah tetapi mereka tidak faham
dengan apa yang dimaksudkan dengan jihad
al-akhbar. Ini kerana Rasulullah menggunakan perkataan jihad
tersebut secara kiasan (majazi)
yang menyebabkan para sahabat memerlukan penjelasan dari Rasulullah. Oleh
yang demikian, mafhum yang didapati dari hadis daif ini bahawa makna jihad
yang lebih kecil adalah “berperang di jalan Allah” merupakan makna
syarak sedangkan jihad yang lebih besar adalah makna kiasan berdasarkan
makna bahasa iaitu “melawan hawa nafsu”. Dalam
perspektif penggunaan bahasa, penggunaan lafaz menunjukkan suatu makna.
Kaedah bahasa yang sangat popular: At-tabadur
amarah al-haqiqah (Pengertian
yang terlintas didalam fikiran orang Arab tulin merupakan makna yang
sebenar.) Dari
kaedah ini, makna asal perkataan jihad
adalah “mencurahkan tenaga”, “berkerja keras” dan sebagainya
tetapi perkataan ini telah digunakan oleh syarak untuk
“berperang di jalan Allah”, maksud yang terakhir ini telah
menjadi lebih dominan dalam percakapan dan minda umat Islam. “Berperang
di jalan Allah”lah yang menjadi maksud sebenar perkataan jihad.
Dalam konteks ini, penggunaan secara bahasa sudah terbatal, kalah dengan
kebiasaan yang telah diterima oleh umat Islam. Jihad
versus Terrorism Mungkin
yang tergambar di fikiran orang awam adalah jihad sama dengan perbuatan
terrorism atau keganasan seperti yang digambarkan oleh barat. Ini
merupakan tanggapan yang salah sama sekali. Jihad
adalah bertujuan untuk menghancurkan kekuatan politik yang bersifat
fizikal yang menghalang bangsa-bangsa dan umat-umat di dunia ini daripada
hidup aman di bawah sistem pemerintahan Islam dengan memberikan kebebasan
kepada setiap individu untuk menganut akidah yang dinyakininya,
menghilangkan kekufuran dari muka bumi ini, menyebarkan Islam sehingga
keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam akan nampak sepertimana yang
dinyatakan dalam surah al-baqarah ayat 193: “Dan
perangilah mereka sehingga tidak ada lagi ‘fitnah’ (kekufuran), dan (kemenangan)
agama ini hanyalah milik Allah.” (TMQ
al-Baqarah, 2:193) Jihad
merupakan alternatif yang terakhir sekiranya sesebuah negara itu tidak
mahu tunduk kepada sistem Islam dan tidak mahu membayar jizyah seperti
mana tertera di dalam surah at-Taubah ayat 29: “Perangilah
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, hari kiamat, serta tidak
mengharamkan apa yang diharamkan apa sahaja yang telah diharamkan oleh
Allahswt dan Rasul-Nya, dan tidak mahu memeluk agama yang haq iaitu
orang-orang yang telah diberi Al-Kitab sehingga mereka memberikan
‘jizyah’ mengikut kemampuan dan mereka tunduk.” (TMQ
al-Taubah, 10:29) Inilah
cara bagaimana jihad dilaksanakan seperti yang terangkum dalam hadis dari
Sulaiman bin Buraidah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Khatimah Seterusnya,
Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan
membunuh orang yang terlibat dalam perang. Haram membunuh orang tua,
wanita dan kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda sehingga
diharamkan memotong pokok, merobohkan rumah atau merosak tanaman dan
sebagainya. Islam juga menghormati tawanan perang sehingga boleh ditebus,
dibebaskan atau dibunuh. Dalam kes terakhir, Rasulullah pernah memerintah
untuk membunuh dua orang tawanan perang Badar disebabkan jenayah mereka
terhadap kaum muslimin pada masa sebelumnya. Islam juga memerintahkan
untuk mengobati tawanan perang secara adil sehingga kaum musyrik yang
terluka dalam Perang Badar telah dirawat oleh kaum muslimin, manakala yang
terkorban dari kalangan mereka telah dikuburkan bersama para syahid. Jihad
dalam Islam juga tidak bertujuan untuk menjajah. Penduduk tempatan yang
telah ditakluk oleh islam tetap mempunyai kebebasan bahkan mereka juga
bebas untuk mengelola tanah-tanah mereka sepertimana yang berlaku ketika
Umar al-Khattab menakluk Iraq. Jika wilayah berkenaan dalam kekurangan,
maka negara akan memberikan bantuan. Setiap rakyat mendapat jaminan dari
Negara baik berupa kesihatan, pendidikan, tempat tinggal dan sebagainya.
Sebagai contoh, Andalusia/Sepanyol merupakan suatu lembah yang kontang
sebelum kedatangan Islam. Setelah kedatangan Islam, Sepanyol telah menjadi
satu negeri yang maju dan menjadi pusat untuk menimba ilmu yang termasyhur
semasa pemerintahan khalifah Abbasiah. Oleh
itu, berdasarkan huraian-huraian singkat di atas, umat Islam sepatutnya
lebih berhati-hati dalam mengungkapkan kata-kata jihad. Hendaklah umat
Islam ini berhati-hati dalam menghadapi ajakan dan seruan-seruan yang
salah dan digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka.
Pengaburan makna jihad dengan cara mengalihkannya kepada makna yang lebih
umum seperti membangunkan ekonomi, menuntut ilmu, mencari nafkah dan
lain-lain yang dianggap sebagai aktiviti jihad merupakan satu usaha untuk
menghilangkan makna jihad yang sebenarnya dalam bentuk al-qital,
al-harb, al-ghazwu
iaitu berperang di jalan Allah.
Jangan sampai kita bermati-matian beranggapan apa yang kita usahakan
selama ini akan membawa kita kepada mati syahid, rupa-rupanya hanya
berkesudahan dengan mati yang sia-sia kerana pemahaman yang keliru. Lebih
sedih lagi kita telah mengabaikan salah satu perintah yang wajib kita kaum
muslimin lmelaksanakannya iaitu berperang (jihad
fi sabilillah). Dan perang ini (jihad) hanya dapat dilaksanakan dengan
berkesan jika wujudnya sebuah Daulah Khilafah dengan seorang Khalifah yang
boleh memerintahkan keseluruhan umat Islam untuk berjihad. |