BETULKAH ATAU DUSTA? |
Baiah Al-'Inah (Jual-beli Inah) | |
| ||
Jual-Beli
Inah
Definisi Inah, Kenapa? Hukum - Penting Sebuah Persoalan |
Definisi Bai’ al-‘Iinah:
Yang dikatakan Bai’ul ‘Iinah ialah:
bahawa seorang lelaki menjual barang dagangannya kepada orang lain dengan
harga yang diketahui dan bayarannya diserahkan kepada penjual setelah
tempoh enam bulan, baik dengan pembayaran sekaligus, atau bayaran ansuran
yang ditentukan; kemudian si-penjual(asal) membeli barangan tersebut
kembali dengan membayar sejumlah wang yang nilainya lebih rendah dari
harga jualan asal—sebelum sempurna pembayaran tadi.
Dan tidak dikatakan ‘Iinah jika
penjual asal membeli barangan tadi dari pembeli dengan harga jualan
pertama yang ditetapkan oleh penjual tadi, dan tidak pula dengan harga
yang lebih tinggi. Begitu juga, jika ketika berlaku pembelian (semula)
tadi berlaku pula peningkatan harga (dipasaran) sedangkan si penjual tadi
benar-benar memerlukan barangan tersebut, maka boleh saja beliau
membelinya semula dari pembeli asal dengan harga seperti harga jualannya
kepada pembeli, atau dengan nilai yang lebih tinggi. Ini tidak mengapa
kerana tidak ada syubhat (kesamaran) dalam masalah ini. Kenapa Di Namakan ‘Iinah:
Dinamakan demikian dari perkataan
‘Ain (barangan); disebabkan si pembeli berhasil mendapatkan barangan
yang diperlukannya yaitu wang. Hukumnya:
Terdapat 2 jenis bentuk bagi
bai’ul ‘Iinah: 1) Bahawa seseorang membeli dari
orang lain suatu barangan dengan harga tertentu secara ansuran, dan si
penjual mensyaratkan kepadanya untuk menjual (kembali) barang tersebut
kepadanya dengan nilai yang lebih rendah dari harga jualan pertama.
Bentuk jualbeli ini adalah haram
mengikut kesepakatan ulama’—kerana terdapat unsur penipuan; dan unsur
riba yang ‘dicelupkan’ seakan-akan ianya jualbeli yang syar’ie. 2) Bahawa suatu barangan itu dijual
dengan harga ansuran, dan setelah barang itu dipegang oleh si pembeli, ia
menawarkannya untuk dijual semula dengan imbalan duit, maka si penjual
asal membelinya semula dengan harga lebih murah dari harga jualan asal.
Perbezaan antara bentuk pertama dan kedua ialah, adanya syarat yang
ditetapkan dalam bentuk pertama, dan tiada syarat dalam bentuk kedua.
Sesungguhnya para fuqaha’ telah
berselisih pendapat pada boleh tidaknya bentuk kedua yang tidak
mengandungi apa-apa syarat. ** As-Syaafi’iyah membolehkan
bai’ul “iinah dalam bentuk yang kedua.
Dan mereka berdalil bahawa: n
Abdullah
bin Umar telah membolehkannya. n
Si
pembeli berkuasa untuk menjualkan barang itu semula kepada selain pemilik
aslinya baik dengan harga yang lebih rendah atau lebih tinggi; maka boleh
saja ia menjualkannya semula kepada orang yang menjual barang tersebut
kepadanya. n
Jumhur
ulama’ telah bersepakat terhadap haramnya bai’ul ‘Iinah; antara
mereka terdapat sahabah Abdullah bin ‘Abbas dan A’isyah; serta
taabi’iin: al-Hasan Al-Basri, Ibnu Siriin, As-Sya’bi, AnNakh’ie, dan
Rabii’ah bin Abdurrahman. Dari golongan para imam: AtTsauri, AlAuza’ie,
Abu Hanifah, Malik, Ishak bin Rahwiyah dan Ahmad bin Hanbal dan selain
mereka. Mereka telah berdalil atas keharaman
bai’ul ‘Iinah dengan yang berikut:
PERSOALAN DARI KAMI Sistem Perbankan Malaysia mendakwa menggunakkan aqad muamalah bai' al-'inah, beli komputer dari bank dengan syarat jual balik pada bank, ada bank buat jualan harta pejabatnya seperti mesin fotostat dan sebagainya. Jadi nampaknya sistem perbankan ini mengambil bentuk inah yang pertama dalam perbincangan kita di atas. Kesalahan yang utama yang dilakukan oleh pihak Bank ini ialah; i) menlakukan bai' inah dengan bersyarat (Diharamkan oleh semua ulama') ii) menggunakan Pendapat Syafi'yyah pada inah bentuk pertama, sedangkan 'inah bentuk kedua sahaja dibenarkan oleh Syafie. iii) Sebenarnya tidak melakukan penjualan hakiki, penjualan mesin fotostat itu atas kertas dan tak keluar dari pejabat asal, sedangkan Rasulullah saw melarang melakukan penjualan barangan yang tidak di serah terima, kalau binatang ada serah-terima bila keluar dari kandang, kalau rumah diserahkan kuncinya, kalau barangan pejabat dah dipindah dari pejabatnya. Tapi adakah pembeli telah tahu mesin fotostat mana yang dibelinya? Ketiga-tiga fakta ini membuktikan bahawa sistem perbankan Islam yang amat keliru menerapkan Islam dalam urusan sehariannya... Kesimpulannya : HELAH RIBA Sekian wassalam.
|