|
NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM GAGAL MEMANFAATKAN PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU UNTUK KEPENTINGAN ISLAM
| |
| ||
|
Peristiwa pengeboman bandar Riyadh, di Saudi dan bandar Casablanca, di Maghribi telah dimanipulasi oleh AS untuk meneruskan agendanya dan ini merupakan amaran kepada dunia Islam terhadap tindakan ancaman AS tersebut. Ini jelas apabila punca pengeboman dan maklumat lanjut mengenainya diselindungkan, lebih-lebih lagi tiada individu atau mana-mana kumpulan pun mengaku bertanggungjawab, tetapi AS dengan segera mempergunakan peluang ini untuk tujuan kepentingan peribadinya. Hanya dalam masa beberapa
jam selepas peristiwa pengeboman tersebut, Setiasusaha AS Colin Powell,
menuduh Al-Qaeda dan organisasi-organisasi yang berkaitannya
bertanggungjawab. Powell juga menambah : “Terrorisme menyerang
dimana-mana dan sesiapa sahaja. Ia adalah ancaman kepada seluruh dunia
yang bertamadun ini” President Bush dengan
segera menyatakan perspektif AS terhadap isu tersebut dengan tanpa
berselindung lagi mengancam akan membalas dendam. Katanya : “mereka
akan tahu apa erti keadilan bagi rakyat Amerika”, seterusnya dia
berkata “ Setiap kali tidak kira siapa menyerang tanahair atau rakyat
kami, kami akan keluar memburu…” Dengan
tidak menganalisis sebab mengapa dirinya begitu dibenci dikalangan umat
Islam dan yang lainnya, AS telah memutarbelit dan mengubah realiti untuk
memenuhi agendanya sendiri. AS secara rasminya telah
menuduh kerajaan Saudi bersubahat dalam serangan bom tersebut dan
menyalahkan Saudi atas kegagalan mengenal pasti kehadiran kumpulan anti-barat
di dalam negaranya. AS menekan Saudi supaya menukar sistem pelajarannya
agar umat Islam hanya menerima ajaran Islam yang sesuai dengan kehendak
AS. Kumpulan khas yang terdiri daripada penyiasat FBI, polis dan perisik
telah dihantar untuk mengintip dan mengganggu gerakan umat Islam dengan
alasan membantu pihak berkuasa Saudi
atas permintaan mereka sendiri.
Tindakan
tersebut tidak menjadi suatu kejutan, memandangkan secara jelas AS
menggunakan peristiwa 9/11 untuk meneruskan agenda dan objektif polisi
luar negaranya tanpa bukti yang kukuh terhadap mereka yang disyaki. AS
menggunakan peluang tersebut untuk menukar regim yang memerintah di
Afghanistan dan menempatkan pangkalan-pangkalan tenteranya diserata negara
kaum muslimin, tetapi pada masa yang sama mereka turut giat meningkatkan
perbelanjaan pertahanan. Mereka telah mencipta suatu suasana ketakutan
dikalangan umat Islam, dan ini memberikan lampu hijau kepada agen-agen
mereka menumpaskan kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan Islam dengan
alasan menentang keganasan. Apa
yang menyebabkan negara barat mampu memanfaatkan kejadian yang berlaku
sebagai alat untuk mencapai matlamat dan agenda mereka adalah kerana mabda/ideologi,
walaupun ia merupakan ideologi yang rosak dan batil. Ideologi kapitalis
merupakan suatu kumpulan peraturan dan prinsip yang mampu melahirkan
matlamat dan arah tuju sesuatu negara. Ideologi ini mampu menjadikan
mereka melihat suatu peristiwa dan isu yang berlaku dari suatu sudut
pandangan yang khas. Sebagai contoh, polisi luar negara kapitalis
memandang negara-negara lain dalam bentuk penjajahan; samada penjajahan
dari segi ekonomi, politik atau ketenteraan. Oleh itu, AS menggunakan
kejadian yang berlaku sebagai satu jalan untuk menjajah dunia bagi
kepentingannya, syarikat-syarikat korporat dan rakyat mereka. Sebaliknya,
suatu realiti yang amat menyedihkan dimana tidak ada suatu negara umat
Islam pun yang menerapkan mabda/ideologi Islam secara keseluruhannya.
Identiti dunia Islam kini adalah campuran secara rawak diantara
undang-undang sekular dengan sedikit peraturan Islam dari segi ibadat.
Oleh kerana tiada suatu titik panduan yang komprehensif, negara umat Islam
berjalan tanpa arah tuju dengan ketiadaan visi untuk masyarakat dan
umatnya. Mereka
yang tidak bermabda/berideologi bermakna mereka tidak mempunyai matlamat
yang jelas, maka dengan itu mereka terus menerus gagal memanfaatkan
kejadian yang berlaku untuk kepentingan Islam dan kaun muslimin. Contohnya
kita ambil berbagai jenis ketidakadilan yang berlaku kebelakangan ini.
Umat Islam di barat telah disoal-siasat dan ditahan hanya bersandarkan
bukti yang lemah atau boleh dikatakan tanpa sebarang bukti. Mereka telah
dibuang negeri atau dinafikan hak kemasukan mereka ke negara tersebut
hanya berdasarkan jenis kaum. Manakala pihak media barat mendapat
kebenaran untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam. Malah perang
terhadap Iraq tetap diteruskan tanpa sebarang bukti dan walaupun mendapat
tentangan dari majoriti penduduk dunia samada muslim atau non-muslim.
Tetapi sayang, tiada satu pun negara umat Islam yang menggunakankan
kejadian-kejadian ini untuk mempertahankan atau meneruskan kepentingan
Islam, dengan mempersoalkan tindakan barat yang seumpama talam dua muka,
atau mencabar konsep kebebasan dan kemerdekaan barat. Sementara itu AS
melihat kejadian serangan terhadap seorang rakyatnya seumpama serangan
terhadap mereka secara keseluruhannya, sebaliknya negara umat Islam masih
tidak berdaya walaupun seluruh umatnya menghadapi serangan atau ancaman. Fakta
juga menunjukkan dengan jelas bagi pihak barat, semua tuntutan mereka
dipenuhi dengan mudah. Pakistan misalnya, ia membenarkan pihak barat yang
angkuh itu menentukan samada negara tersebut patut mempunyai senjata
nuklear atau tidak. Pakistan bertindak balas dengan membenarkan siasatan
dari pihak asing untuk mensahkan simpanan senjata nuklearnya. Tetapi yang
jelas tidak ada suatu negara barat pun yang akan mengaku kelemahan
kerajaan mereka dengan begitu mudah sekali. Jika
umat Islam ingin mendakwa diri mereka mempunyai ideologi, dan menerima
Islam sebagai asas dalam tindakkannya, maka kejadian-kejadian yang berlaku
ini tidak akan merugikan umat Islam seperti sekarang. Sebagai contoh,
peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah(SAW), sebelum berlakunya
perang Badar. Pada bulan Rajab, suatu ekspidisi yang diketuai oleh
Abdullah bin Jash(RA) telah dihantar dengan misi untuk mengumpulkan
maklumat mengenai tentera Quraysh. Disebabkan oleh penangkapan 2 orang
ahlinya, semua ahli ekspidisi telah sepakat untuk menyerang sekumpulan
rombongan Quraysh. Hasilnya ahli rombongan tersebut telah dijadikan
tawanan. Sedangkan berperang dalam bulan Rajab telah dianggap suatu
larangan pada masa itu, orang-orang Quraysh dengan segera menggunakan
kejadian ini sebagai alat propaganda mereka dan mewujudkan suatu pendapat
umum menentang umat Islam di jazirah Arab dan sekelilingnya. Rasulullah
(SAW) tidak menunjukkan reaksi menafikan atau defensif dengan meminta maaf
atau mengakui itu adalah kesalahan terhadap kaum Quraysh. Walaupun umat
Islam pada masa itu menghadapi tekanan yang begitu hebat dari kaum Quraysh,
umat Islam dengan sabar menunggu turunnya wahyu sebelum menjelaskan
insiden tersebut. Allah
(SWT) menjelaskan dalam firmanya : “Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum berperang dalam bulan
yang dihormati; katakanlah: “Peparangan dalam bulan itu adalah dosa
besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang islam) dari jalan Allah,
dan perbuatan kufur kepadaNya dan perbuatan menyekat (orang-orang Islam)
ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya
itu adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.”
[Surah Al Baqarah : 217] Ayat
ini dengan jelas membersihkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada umat
Islam dan ia disambut dengan kegembiraan di Madinah. Bukan itu sahaja ayat
ini membalas semula propaganda dari kaum Quraysh terhadap tindakan mereka
yang menyiksa, menghalang dan membunuh umat Islam kerana keimanan mereka
adalah kesalahan yang lebih besar. Ini memberikan umat Islam semangat
keberanian untuk menyebarkan Islam di pelusuk jazirah Arab. Hanya
mabda/ideologi Islam yang diterapkan menerusi Khilafah mampu memanfaatkan
kejadian-kejadian yang berlaku untuk kepentingan umat Islam dan sebagai
propaganda Islam. Ini adalah satu-satunya cara untuk menumpaskan barat dan
pengaruhnya. (lihat Rencana Kami berkenaan Propaganda)
|