Had Liwath 

(Homoseksual)

 

Liwath Vs Zina

Hujah Kami

  • Definisi Zina
  • Hujah Qiyas
  • Hadis Mungkar
  • Hukuman Berbeza

Pembuktian

 

Perbezaan antara Liwath dan Zina

 

Definisi

Hukuman liwath (homoseksual) berbeza dengan hukuman zina. Kerana, memang zina berbeza dengan liwath. Fakta (tentang) liwath berbeza dengan fakta zina. Diantara keduanya berbeza. Liwath tidak termasuk jenis dari perzinaan, sehingga dapat dikatakan bahawa liwath masuk ke dalam keumuman dalil-dalil syara' yang menyebut tentang perzinaan. Zina adalah masuknya kelamin laki-laki ke dalam farjinya perempuan. Sedangkan liwath adalah masuknya kelamin laki-laki ke dalam duburnya laki-laki. Masuknya kelamin kedalam farji berbeza dengan masuknya kelamin ke dubur. Jadi, liwath berbeza dengan zina.

 

Liwath Tidak Dapat DiQiyaskan Dengan Zina

Liwath juga tidak boleh diqiyaskan dengan zina, sebab nas yang menerangkan tentang perzinaan tidak mengandung 'illat sehingga qiyas dengan seluruh jenis illat menjadi sah. Selain itu mendatangi wanita pada duburnya tidak disebut dengan liwath dan tidak pula dinamakan dengan liwath, sebab liwath bukan hanya memasukkah kelamin ke dubur akan tetapi liwath adalah hubungan kelamin laki-laki dengan laki-laki, yakni masuknya kelamin laki-laki ke dubur laki-laki. Dengan demikian zina berbeza dengan liwath, dan tidak boleh diqiyaskan dengan zina. Adapun hadis:

 

"Jika seorang laki-laki mendatangi laki-laki yang lain keduanya adalah pezina, jika seorang perempuan mendatangi perempuan lainnya keduanya adalah pezina."

 

Di dalam isnad hadis ini terdapat Muhammad bin Abdurrahman. Abu Hatim mendustakannya. Sedangkan Imam Baihaqi berkomentar, "Aku tidak mengetahuinya dan hadisnya mungkar." Seandainya keshahihannya diakui, maka maksud dari hadis tersebut adalah tasybih (penyerupaan), yakni seperti orang-orang zina. Alasannya, tidak ada ketetapan dari Rasulullah saw bahawa beliau merejam pada kes liwath dan menghukumi liwath seperti hukum zina.

Hukuman Berbeza Antara Liwath Dan Zina

Rasulullah saw yang menyebutkan:

 

"Bunuhlah kedua pelakunya."

 

Apabila perkataan belaiu ini bermakna hakiki, tentunya had liwath akan sama dengan had zina. Demikian pula bahawa hadis yang meriwa­yatkan tentang hukuman rejam bagi pelaku liwath telah menetapkan hukuman rejam bagi jejaka atau perawan (al-bikr), yakni merejam pelaku liwath baik muhshan maupun ghairu muhshan. Ini berarti bahawa hukum liwath berbeza dengan hukum zina. Semua ini menunjukkan bahawa hukuman liwath berbeza dengan hukuman zina.

 

Hukum syara' dalam hukuman liwath adalah bunuh, baik muhshan maupun ghairu muhshan. Setiap orang yang terbukti telah melakukan liwath, keduanya dibunuh sebagai had baginya. Dalilnya adalah Sunnah dan Ijma' sahabat. Dari Sunnah, disebutkan bahawa `Ikrimah dari Ibnu Abbas ra berkata, Rasulullah saw. bersabda:

 

 

"Barangsiapa yang kalian dapati sedangkan melakukon perbuatannya kaum (Nabi) Luth, maka bunuhlah keduanya".

Diriwayatkan oleh Imam yang lima kecuali Nasa'iy. Al-Hafiz berkomentar, "Perawinya tsiqat, akan tetapi hadis ini masih diperseli­sihkan." Ibnu ThaIa' di dalam Ahkam mengatakan, "Tidak ada ketetapan dari Rasulullah saw bahawa beliau merejam kes liwath, beliau juga tidak menjatuhkan hukuman pada kes liwath, namun liwath ditetapkan berdasarkan kenyataan bahawa beliau saw. bersabda:

 

"Bunuhlah kedua pelakunya."

 

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas dari Abu Hurairah. Sampai disini selesai (perkataannya). Ini adalah dalil dari Sunnah bahawa hukum liwath adalah bunuh. Sedangkan apa diriwayatkan dari Sa'id bin Jarir dan Mujahid dari Ibnu `Abbas

"Jejaka yang didapati sedang melakukan liwath maka rejamlah."

 

Maksud dari hadis di atas adalah bunuhlah dengan hukuman rejam, bukan bermakna bahawa had liwath adalah rejam. Yang menun­jukkan pengertian ini adalah, bahawa dalil yang menyebutkan hukum bunuh bagi kedua pelakunya bersifat mutlak, tidak membezakan antara jejaka dengan duda, sedangkan rejam adalah had bagi janda atau duda saja. Padahal hadis tersebut telah menyebutkan bahawa yang melakukan perbuatan tersebut adalah jejaka. Ini menunjukkan bahawa had liwath berbeza dengan had rejam. Oleh kerana itu hadis Ibnu `Abbas dari jalan Sa'id Ibnu Jarir dan Mujahid tidak bertentangan dengan hadis Ibnu Abbas dari jalan Ikrimah. Kedua hadis tersebut menunjukkan hukuman mati. Sementara, hadis tentang rejam menunjukkan hukuman mati bagi pelaku liwath dengan uslub (cara) tertentu. Sedangkan hadis bunuh bagi liwath menunjukkan pembunuhan secara mutlak. Dengan demikian hukum liwath adalah dibunuh. Dan boleh membunuh dengan cara direjam, digantung, ditembak dengan senapang, atau dengan wasilah yang lain. Kerana hukum liwath adalah hukuman mati. Uslub atau wasilah yang digunakan untuk membunuh boleh berbeza-beza. kerana yang penting adalah menjatuhkan hukuman mati.

 

Adapun Ijma' sahabat, sesungguhnya para sahabat berbeza pendapat dalam menetapkan uslub (cara) untuk membunuh pelaku liwath. Meskipun demikian mereka sepakat untuk membunuhnya. Baihaqi mengeluarkan hadis dari Ali ra bahawa beliau merejam pelaku liwath. Baihaqi juga mengeluarkan hadis dari Abu Bakar ra bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membahas kes homoseksual. Di antara para sahabat Rasulullah itu yang paling keras pendapatnya adalah 'Ali bin Abi Thalib ra. Ia mengatakan, "Liwath adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umat (yakni kaum Luth) sebagaimana yang telah kalian ketahui. Dengan demikian kami  berpendapat bahawa pelaku liwath harus dibakar dengan api.” Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad dari bapaknya dari Ali bin Abi Thalib selain dari kisah ini berkata, "Rejam dan bakarlah dengan api."

 

Baihaqi mengeluarkan dari Ibnu Abbas bahawa beliau ditanya tentang had pelaku liwath, beliau ra berkata, "Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu. " Diriwayatkan dari Ali ra, "Bahawa beliau membunuh pelaku liwath dengan pedang, kemudian membakarnya, kerana demikian besar dosanya. " `Umar dan `Utsman berpendapat, "pelaku dilempari dengan benda-benda keras sompai mati." Semua ini adalah pendapat yang menunjukkan bahawa had liwath adalah dibunuh, walau uslub pembunuhannya berbeza-beza.

 

Selain itu telah dikisahkan oleh Shahib al-Syifa’ (Ijma' sahabat untuk menjatuhkan had bunuh bagi pelaku liwath). Hal ini telah menjadi Ijma', yakni Ijma' sahabat telah menetapkan bahawa pelaku liwath hukumnya adalah dibunuh, baik pelaku maupun yang dikumpulinya, muhshon maupun ghairu muhshon. Ijma' sahabat sendiri adalah dalil syara' sebagaimana Sunnah.

 

Bagaimana Membuktikan Kesalahan Liwath

Pembuktian liwath berbeza dengan pembuktian zina. Pembuktian liwath sama seperti halnya pembuktian salah satu had dari hudud, kecuali zina. Tidak dibenarkan menyamakan liwath dengan zina. Oleh kerana itu liwath tidak boleh ditetapkan berdasar bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian liwath dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina). Liwath terbukti dengan adanya pengakuan, kesaksian dua orang saksi, atau seorang laki-laki dan dua orang perempuan, sebagaimana bayyinah (pembuktian) pencurian, serta pembuktian pada kes hudud yang lain. Had liwath dapat dijatuhkan dengan syarat, pelaku liwath baik pelaku mahupun yang dikumpulinya itu baligh, berakal, kerana inisiatif sendiri, dan terbukti telah melakukan liwath dengan bukti syar'iy, iaitu (dengan) kesaksian dua orang laki-laki, atau seorang laki-laki dan dua orang perempuan. Seandainya pelaku liwath adalah anak kecil, orang gila, atau dipaksa dengan paksaan yang sangat, maka dia tidak dijatuhi had liwath.