Make your own free website on Tripod.com

 

RENCANA

 

Rencana

 

Kandungan

Pengenalan

Struktur PBB

Cubaan Untuk Meratifikasi Piagam dihalang oleh Penjajah

Kajian Kes : PBB di Palestin

Kajian Kes: PBB di Bosnia

Umat Islam perlu berhenti dari menyeru kepada Resolusi PBB

Tindakan mereka yang mampu memusnahkan Kolonialis PBB

 

PBB ALAT NEO-KOLONIALISME

Negara-negara BARAT

PENGENALAN

Bukan lagi menjadi satu keraguan bahawa dunia kapitalis yang diterajui oleh Amerika dan Britain adalah negara penjajah. Kolonialisme mengalir dalam darah mereka dan menjadi penentu hubungan mereka dengan negara lain. Oleh itu, tidak menghairankanlah apabila Penasihat Polisi Luar Negara Tony Blair, Robert Cooper berkata, “Cabaran dalam dunia pasca moden adalah untuk membiasakan diri dengan idea dwistandard...apabila berurusan dengan negara-negara kolot di luar benua pasca moden Eropah (termasuklah dunia Islam), kita perlu kembali kepada cara kasar era dahulu kala – paksaan, serangan ‘pre-emptive’, tipudaya, apajua yang perlu bagi menangani mereka yang masih hidup dalam abad ke-19 dimana setiap negara bertanggungjawab untuk dirinya sendiri…Maka apa yang diperlukan adalah imperialisme jenis baru…”[Robert Cooper, ‘The New Liberal Imperialism’, 2002].  


Sememangnya pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun Britain telah kehilangan kebanyakkan dari jajahannya, namun negara ini masih lagi enggan mengecam kolonialisme. Ini jelas apabila British telah menentang perhimpunan umum PBB resolusi 2326 (16/2/1967) yang menyeru supaya kolonialisme dikecam sebagai suatu ‘Jenayah terhadap manusia’ kerana masih menanam impian menghidupkan kembali empayar kolonialisnya.


Dunia kapitalis telah terus-menerus menghalalkan kekejaman mereka atas nama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh itu, seorang ahli politik Islam yang bijak sepatutnya menyedari realiti PBB dan pendapat Islam yang dizahirkan darinya.  


PBB adalah boneka kepada negara-negara kolonialis, dicipta oleh mereka, dimanipulasi oleh mereka dan pastinya akan dibubarkan apabila ia sudah tidak boleh memainkan apa-apa peranan lagi. Artikel ini akan memfokuskan kepada PBB yang menjadi kubu kontemporari kepada konsep undang-undang antarabangsa. Ini akan diperjelaskan dengan kejituan terperinci mengenai selok-belok bagaimana PBB menjadi alat kolonialis dengan memberikan beberapa kajian kes yang berkaitan.

 

STRUKTUR PBB


 Terdapat pelbagai pendapat mengenai sifat kolonialis PBB. Di satu pihak yang ekstrim, para pengampu mengatakan PBB sebagai suatu institusi perwakilan antarabangsa tanpa sedikitpun prejudis yang mempunyai 191 anggota, sebaliknya di pihak ekstrim lain para pemikir teori konspirasi mengutarakan keseluruhan PBB dipenuhi perisik dan ejen-ejen yang menurut segala perintah Amerika. PBB telah sengaja dibentuk oleh pengasasnya supaya ia dapat menjadi alat yang boleh menghalalkan neo-kolonialisme. Dengan meneliti kepelbagaian badan di dalam PBB

 (http://www.un.org/aboutun/chart.html), dua badan yang diamanahkan untuk menegakkan resolusi (undang-undang) adalah ‘Perhimpunan Agung’ dan ‘Majlis Keselamatan’.


Bidang kuasa Perhimpunan Agung adalah seperti berikut;

 

“Perhimpunan Agung adalah majlis perundingan utama PBB. Ia terdiri daripada wakil-wakil kesemua negara anggota, masing-masing dengan satu hak mengundi. Keputusan mengenai hal-hal penting, seperti berkenaan keamanan dan keselamatan, kemasukan anggota baru dan urusan belanjawan, memerlukan majoriti dua pertiga. Keputusan mengenai hal-hal lain hanya memerlukan majoriti biasa. Keputusan boleh dicapai tanpa mengundi atau dengan undian, yang boleh direkod, tidak direkod atau diperoleh melalui panggilan nama.” Teks ini disambung dengan, “Walaupun kerajaan mana-mana negara tidak akan terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung, namun keputusan ini mewakili pendapat dunia tentang isu-isu antarabangsa, termasuklah kewibawaan moral komuniti dunia.”                                            

[terjemahan sumber: http://www.un.org/ga/57/about.htm].

 

Ini adalah suatu halangan besar bagi mereka yang menyokong PBB sebagai suatu kaedah praktikal dalam menyelesaikan masalah. Pandangan 176 daripada 191 anggota PBB yang menjadi sebahagian daripada Perhimpunan Agung tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan.

 

Mengenai fungsi Perhimpunan Agung pula, sumber yang telah disebut di atas menyenaraikan 9 ciri-ciri penting, dan dengan hanya memetik kata kerja pada setiap perkara, teks ini adalah seperti berikut:

 

“- untuk mempertimbangkan dan memberi cadangan, - untuk berbincang, - untuk memulakan kajian dan memberi cadangan, - untuk memberikan cadangan, - untuk menerima dan mempertimbangkan laporan”.

 

Kata nama yang lebih realistik bagi ‘Perhimpunan Agung’ sebenarnya adalah ‘Kedai Kopi’ memandangkan tidak ada satu pun fungsinya yang membolehkan sebarang tindakan tegas diambil! Tugas terpenting Perhimpunan Agung hanyalah untuk meluluskan belanjawan PBB dan memilih anggota tidak tetap Majlis Keselamatan! Maka dapat dilihat di sini bagaimana pandangan 176 daripada 191 (92%) anggota PBB menjadi tidak relevan kerana mereka hanya mampu berbincang dan berbahas sementara keputusan yang diperolehi pula tidak berkuasa mengikat mana-mana kerajaan. Contoh yang baik adalah bagaimana Britain menerima resolusi 1810 Perhimpunan Agung PBB bertarikh 17/12/1962 yang mencadangkan pembentukan ‘Jawatankuasa Dekolonisasi PBB’ yang terdiri daripada 24 anggota, kebanyakannya negara dari dunia ketiga. Britain telah menarik diri daripada jawatankuasa tersebut pada 11/01/1971 dengan menyatakan,

 

“Dalam kes resolusi 1810, Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”.

 

Britain telah menolak untuk bekerjasama dengan resolusi PBB ini dan telah menghalang sebarang percubaan jawatankuasa ini untuk melawat koloni British di Seychelles dan St. Helena. Alasannya?

 

“…Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”.

 

Ini adalah contoh menarik apa yang kolonialis PBB maksudkan dengan frasa “keputusan Perhimpunan Agung (92% anggota) tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan”!   


Majlis Keselamatan pula adalah suatu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan resolusi. Majlis ini mempunyai 15 anggota- lima anggota tetap dan 10 lagi dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh dua tahun. Tidak seperti Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa sebenar memandangkan resolusinya berkuasa mengikat setiap negara anggota. Tambahan pula, antara kuasa Majlis Keselamatan adalah “–untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap penceroboh” dan “ – untuk menyeru negara-negara anggota melakukan sekatan ekonomi dan tindakan lain yang tidak melibatkan ketenteraan untuk menghalang atau memberhentikan pencerobohan

[http://www.un.org/Docs/scinfo.htm].    


Oleh itu, seperti mana kes Iraq, Majlis Keselamatan boleh membenarkan tindakan ketenteraan. Jelas sekali kuasa terletak pada Majlis Keselamatan tetapi apakah ciri-ciri badan ini? 15 anggota, di mana 5 adalah anggota tetap. Kelima-lima anggota tetap ini mempunyai veto eksklusif yang membolehkan mereka menggunakan kuasa veto mereka terhadap sebarang resolusi walaupun kesemua anggota lain menyokongnya! Siapakah anggota tetap ini? Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan China.


Maka jelaslah bahawa struktur institusi ini membenarkan penganiayaan oleh 5 anggota kelab eksklusif ‘Anggota Tetap’. Dalam situasi sebegini, apa yang dapat menghalang Amerika daripada menakluki negara lain dan kemudian menggunakan vetonya untuk menghalang sebarang resolusi yang menetang tindakannya? Khayalan yang dibuat-buat? Dan tidakm berpijak pada Realiti. Pada tahun 1989 Amerika telah menggunakan kuasa vetonya ke atas resolusi Majlis Keselamatan yang telah mengecam sifatnya yang suka berperang! Amerika telah memveto secara sendirian ke atas lebih daripada 20 resolusi semenjak 1983.

 

Robin Theurkauf, Felo di Universiti Yale dan isteri kepada salah satu mangsa September 11, telah berkata benar apabila beliau berkata,

 

“Kami di Amerika sukakan undang-undang antarabangsa, lebih spesifik lagi kami suka negara lain patuh kepada kami. Tetapi ia tentulah hipokrasi tahap tertinggi untuk mendesak negara lain supaya patuh kepada tanggungjawab mereka sedangkan kami terus-menerus menolak daripada mematuhi sistem undang-undang antarabangsa”

 

[Milan Rai, ‘War Plan Iraq’ p.205]. Dan PBBlah yang telah membolehkan neo-kolonisasi yang terkutuk ini. 

 

    

 

CUBAAN UNTUK MERATIFIKASI PIAGAM DIHALANG OLEH PENJAJAH

 
Lima negara eksklusif, yang dikemudi oleh Amerika dan Britain, sentiasa berusaha untuk mensabotaj sebarang percubaan untuk meratifikasi Piagam PBB yang boleh mengancam cita-cita kolonialis mereka.

 

Pada tahun 1972, Setiausaha Agung (yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan) telah meminta semua negara anggota PBB untuk memberikan idea bagi memperbaharui piagam yang sedia ada. Antara cadangan yang diterima termasuklah meningkatkan anggota tetap Majlis Keselamatan (yang mempunyai kuasa veto), calon-calon termasuklah India dan Jepun, dan yang kedua untuk mengurangkan skop kuasa veto. Britain telah mensabotaj pelan ini dan telah bersedia untuk memveto sebarang resolusi yang menyeru kepada ratifikasi Piagam PBB. Dalam peristiwa ini, USSR (Rusia) telah mengetuai tentangan bagi lima negara eksklusif dan dalam pernyataan daripada dokumen rahsia British 1972,

 

“Veto Soviet amat bersesuaian dengan kami. Sungguhpun perkara terakhir yang kami mahukan adalah sebarang semakan semula yang boleh mengancam status kami dan Perancis sebagai anggota tetap…”

 

Dengan biadap sekali dalam utusan kepada Setiausaha Agung pada 30/6/1972 British telah menyatakan

 

“Tujuan sebenar kami menentang semakan semula piagam adalah kerana takutkan kemugkinan ia mengancam kedudukan kami sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan” [terjemahan sumber: Public Records Office (PRO): FCO 58/677].

 

Memang betul apabila orang Islam mengatakan bahawa PBB telah direka dan dipelihara oleh golongan kafir untuk menguasai umat Islam dan dunia ketiga. Dengan hati terbuka kami meminta umat Islam yang ikhlas untuk menyedari realiti dan berhenti daripada menyeru kepada resolusi PBB yang sebenarnya membantu pihak kolonialis merialisasikan rancangan jahatnya.    

 

KAJIAN KES: PBB DI PALESTIN


PBB yang telah diperalatkan oleh penjajah telah menyebabkan berjuta-juta umat Islam dibunuh dan juga telah mengetuai pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa. PBB telah mewujudkan Israel dengan Resolusi Perhimpunan Agung 181 (Pelan Pemisahan) 29/11/1947.


Lebih menyedihkan, PBB telah menjadi pemerhati semasa lelaki dan wanita, tua dan muda, sakit dan sihat telah dibunuh oleh Resolusi ciptaan mereka iaitu ‘Israel’. Sememangnya PBB telah gagal untuk bertindak dan juga bersikap prejudis kerana menyokong kepentingan Amerika. Antara insiden di mana PBB telah menolak untuk meluluskan resolusi adalah: 

 

ý    Mengecam tindakan Israel di Selatan Lebanon. S/16732

 

ý    Mengutuk langkah penindasan Israel ke atas populasi Arab. S/19459

 

ý    Mengecam tindakan Israel ke atas orang awam di Selatan Lebanon. S/17000

 

ý    Menyeru kepada Israel supaya menghormati tempat suci orang Islam.  S/17769/rev. 1

 

ý    Membuat draf mengutuk serangan Israel ke atas wilayah Lebanon dan tindakan kejamnya terhadap orang awam di sana. [S/19434]

 

ý    Mengutuk polisi dan tindakan Israel di wilayah yang diduduki dan juga sikap tidak endahnya terhadap keputusan Majlis Keselamatan yang berkaitan.

 

ý    Menghantar Pasukan Pemerhati PBB ke Tebing Barat, Gaza. [27/3/2001]

 

ý    Mengecam perbuatan ganas, mendesak supaya keganasan dihentikan dan juga penubuhan mekanisma pengawasan untuk membawa masuk pemerhati. [15/12/2001] 

 

Bukan setakat menubuh Israel tetapi PBB juga enggan mengecam dan mengutuk aktiviti tidak bertamadunnya. Mala untuk bersepakat menghantar pemerhati bukan tentera pun tidak mampu dilakukannya! Tetapi sebaliknya senario ini dengan Iraq amat berbeza, mereka dengan cepat memberi respon dan mengerahkan tentera dengan begitu pantas sekali.

 

KAJIAN KES: PBB DI BOSNIA


Menyingkap kembali kejadian di Bosnia pada dekad 90-an, PBB telah meletakkan embargo senjata ke atas Bosnia dan membiarkan penceroboh Serb (dibantu Serbia) dengan kereta kebal, meriam berat, mortar dan senjata lain sementara orang Islam hanya berbekalkan mesin-gan telah meragut hak mereka untuk mempertahankan diri.


Semasa pembunuhan dan jenayah rogol dilakukan terhadap umat Islam, PBB telah menubuhkan “tempat perlindungan selamat” untuk meredakan tuntutan penduduk dunia yang mendesak sekatan diangkat supaya orang Islam boleh mempertahankan diri mereka. Di salah sebuah “tempat perlindungan selamat” ini seorang jeneral Perancis PBB telah berkata “Kamu sekarang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan PBB”, beberapa senjata api yang dimiliki oleh orang Islam telah dirampas dan akibatnya:  


Serb telah datang dan mengebom kawasan tersebut, “pasukan pengaman” tidak berbuat apa-apa, diikuti jenayah rogol beramai-ramai dan sekurang-kurangnya 8000 orang Islam telah dibunuh atau dicacatkan.


“Penawan Serb pada satu masa merungut yang mereka tidak mendapat pilihan wanita Islam yang baik dari Srebrenica” [David Rohde]


Tambah memilukan, PBB bukan sahaja telah menyebabkan wanita Islam dirogol beramai-ramai tetapi sebenarnya telah memberi laluan mudah kepada Serb, ringkasan perilaku “pasukan pengaman” PBB digariskan di bawah ini:


Satu pakatan sulit telah dibuat di antara Jeneral Janvier [pemimpin pasukan PBB] dan Jeneral Mladic [Serb] di Zvornik pada 4 Jun 1995 sebelum pembunuhan beramai-ramai; Komplot dan rancangan jahat di antara Akashi [UN], Mladic, dan Milosevic semasa pembunuhan ini dilakukan;


Penyerahan orang Islam yang tidak bersenjata oleh Batalion Belanda [UN] kepada Mladic semasa komander Belanda sedang minum arak bersama Jeneral Mladic; 


“Taklimat Jeneral Van der Wind [UN] pada hari kedua penyerahan orang Islam, 13 Julai, ‘Dutchbrat memindahkan 30,000 liter petrol kepada BSA [Bosnian Serb Army] sesuai dengan kehendak Mladic’.” “Profesor Mark Almond menulis: ‘Pada masa kementerian pertahanan Belanda sedang sibuk menghapus bukti urusannya dengan jeneral Serb untuk membawa pergi tenteranya, bukti video penting telah hilang – walaupun televisyen Serb telah menunjukkan gambar pegawai-pegawai Belanda sedang minum arak bersama Mladic, cukup untuk membuat kita sedih bagaimana mereka dinaikkan pangkat dalam hirarki NATO’.”

[http://www.haverford.edu/relg/sells/srebrenica/srebrenica.html (laporan B.Jagger’s)] 


Dengan bukti kukuh menunjukkan penglibatan PBB dalam pembunuhan dan jenayah rogol, Setiausaha Agung Kofi Annan terpaksa memohon maaf dengan menyatakan PBB

 

“telah memberikan gambaran kepada Majlis Keselamatan bahawa segala-galanya terkawal. ..sehari sebelum Srebrenica ditawan, kami telah melaporkan bahawa Serb tidak menyerang, sedangkan mereka memang sedang menyerang. Kami laporkan yang rakyat Bosnia telah menembak ke arah kepungan Unprofor, walhal sebenarnya Serb. Kami gagal untuk meminta bantuan segera untuk kekuatan tentera udara.” 


Jadi penjajah telah merampas senjata orang Islam dalam menjamin keselamatan mereka, minum arak bersama pembunuh dan perogol, menyerahkan wanita dan kanak-kanak Islam untuk dibunuh, memberi petrol kepada pihak Serb untuk trak yang memindahkan orang Islam ke kubur mereka, menulis surat membantah serangan udara terhadap Serb dan kemudiannya memohon maaf seolah-olah tiada apa-apa berlaku! Itulah PBB Boneka dan anjing kerahan Negara Kolonialis.

 

 

UMAT ISLAM PERLU BERHENTI DARIPADA MENYERU KEPADA RESOLUSI PBB.


Mengetahui pendedahan yang mengejutkan mengenai realiti boneka ini, sungguh memeranjatkan masih ada yang menyeru kepada penggunaannya! “Maslaha” (manfaat) yang mereka laungkan, walhal tiada apa pun yang menghampiri manfaat. Dari piagam kepada struktur dan polisi yang diamalkan, semuanya berbaur kolonialisme, hegemoni, dominasi dan keaiban. Lagipun konsep tindakan yang disandarkan kepada asas manfaat adalah sunnah Nicolo Machiavelli yang menerangkan dalam karyanya mengenai pentadbiran negara, ‘The Prince’ bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas tindakan:

 

“Dalam tindakan setiap manusia…kita mesti melihat kepada penghujung. Jadi jika seorang putera mendapat kemenangan dan mendukung negaranya; kaedah yang diambil akan sentiasa dianggap berbaloi”, seperti pernyataan, “matlamat mghalalkan cara”. (“In the actions of all men…we must look to the end. Let a prince, therefore win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy”, hence the dictum, ‘the ends justifies the means”).


Ulama pada zaman dahulu mencela orang-orang jahil yang menyeru supaya manfaat menggantikan sumber diwahyukan. Salah satu daripada pakar undang-undang Islam pada masa dahulu, Imam Shatibi (ra), menyatakan dalam karyanya, “Al-Muwaffaqat fee Al-Usul al-akham” di halaman 25,

 

 “Objektif di sebalik Shari’ah adalah untuk membebaskan individu daripada kehendak mereka supaya mereka menjadi hamba sejati kepada Allah dan dan itulah maslaha (manfaat) yang dihalalkan… Mencabuli Sharia’ah atas alasan mematuhi objektif/nilai asas (maqaasid) Shari’ah samalah seperti orang yang mengambil berat tentang roh tanpa jasad, dan kerana jasad tidak berguna tanpa roh, maka roh tanpa jasad juga tidak berguna.”   


Tambahan pula Rafi’ bin Khadij meriwayatkan,

 

 “Rasulullah melarang kita daripada sesuatu yang bermanfaat (naafi’) bagi kita kecuali kepatuhan kepada Allah dan utusanNya lebih bermanfaat (anfa’)”

 [Sahih al-Muslim].

Malah beberapa cendekiawan yang menerima masalaha sebagai sumber undang-undang yang sah pun menekankan bahawa prinsip ini perlu dibendung daripada digunakan untuk menjustifikasi apa sahaja (sepertimana yang berlaku hari ini). Mereka telah menggariskan syarat-syarat,

1)     Ia tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijmaa as Sahaba ataupun Qiyas.

2)     Manfaat ini mestilah Haqiqi (nyata). Oleh yang demikian daripada asasnya Masalaha adalah tidak munasabah, malah para cendekiawan masa lalu yang menerima maslaha akan menolak PBB kerana ia tidak melindungi kepentingan orang Islam, (Untuk pendedahan yang lebih lanjut rujuk kepada Majalah Khilafah Jan 2003, artikel “The astute Comprehension of International law”).   

 

 

PENDIRIAN KITA BERKAITAN PBB.


PBB adalah sebuah institusi yang rapuh dan akan runtuh dengan mudah apabila berhadapan dengan pendedahan intelektual oleh pihak-pihak tertentu. Britain sendiri mengakuinya,

 

 “PBB adalah organisasi yang sangat rapuh sehinggakan sebarang pertelingkahan mengenai strukturnya akan melemahkannya lagi”. (PRO: FCO 58/677)  

 

Sebagai orang Islam kita seharusnya mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran dan tidak gentar atau akur sahaja dengan cemuhan si pengampu. Sememangnya apa-apa yang lain adalah sifat pengecut dan kelalaian terhadap tanggungjawab kita memandangkan Allah (swt) berfirman:

 

“Kemudian Kami letakkan kamu (Wahai Muhammad SAW) di atas suatu jalan lurus (Shari’ah). Jadi ikutilah kamu ke jalan ini dan bukannya kehendak mereka yang tidak mengetahui” [Surah Al-Jaatshiya:18] 

 

Kita tidak sepatutnya berasa hairan apabila melihat terdapat mereka dari kalangan orang Islam sendiri, yang bergegas kepada penjajah sambil menyeru kepada orang Islam untuk menyokong mereka kerana Al-Quran telah memberi peringatan kepada manusia tentang kewujudan orang-orang yang tidak menyedari realiti dan panduan (al-Hudaa):

 

 “Katalah: ‘Aku mengingatkan kamu hanya dari wahyu. Tetapi mereka yang pekak tidak akan mendengar seruan ini, (walaupun) mereka telah diberi peringatan”

 [Surah  Al-Anbiya:45]

 

 

TINDAKAN MEREKA YANG MAMPU MEMUSNAHKAN KOLONIALIS PBB.


Mereka yang mempunyai keupayaan untuk memusnahkan “organisasi rapuh” ini dan mengembalikan kegemilangan Islam adalah ketua tentera orang Islam sendiri iaitu para pemerintah. Kita tahu mereka tidak dapat bersepakat untuk mengadakan persidangan, apatah lagi untuk mengusir pengkalan Amerika dari Qatar, Arab Saudi, Turki, Bahrain antara lainnya – begitu dahsyat sifat perhambaan mereka! Dalam “New York Times” (19/2/2003), Stephen Myers menulis, “Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, dalam komen yang diumumkan hari ini berkata beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk mengadakan persidangan tergempar, dan menyatakan kebimbangan tentang perpecahan di kalangan negara-negara Arab yang mungkin tidak dapat diatasi. Pegawai di Lebanon, yang kini menjadi pengerusi liga, juga dilaporkan membantah persidangan tersebut.”


Pemimpin-pemimpin penakut ini tidak mempunyai sebarang niat untuk menegakkan dan mempertahankan maruah orang Islam, telah memperhambakan diri kepada pihak kolonialis, dan hanya mengerahkan tentera untuk menyebarkan hasutan di kalangan umat Islam, memenjara mereka dan menakut-nakutkan mereka:

 

 “Dan jika mereka ingin pergi berperang, tentu sekali, mereka akan mempersiapkan diri, tetapi Allah tidak mahu mereka ke sana, jadi Dia memperlahankan mereka, dan dikatakan (kepada mereka), ‘Duduklah kamu di kalangan mereka yang tinggal (di rumah). Kerana jika mereka pergi bersama kamu, mereka hanya akan menjadikan keadaan kucar-kacir, dan mereka akan bergegas di kalangan kamu (menyebarkan fitnah) dan hasutan, dan ada di antara kamu yang akan mempercayai mereka…”  [Surah at-Taubah:46-47]

Janganlah kita menuruti mereka dan janganlah pula kita menjadi pemerhati sahaja yang menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai saudara kita di Iraq. Kita orang Islam di mana sahaja, boleh menerajui pendedahan kepalsuan PBB dan menunjukkan bagaimana ia sebenarnya adalah boneka penjajah. Kesimpulannya, PBB sebenarnya telah diketahui umum sebagai boneka dan anjing suruhan penjajah dan telah diperjelaskan secara terperinci di sini tentang bagaimana ia memaksa hegemoni, keaiban dan penindasan. Daripada strukturnya kepada piagam hinggalah kepada polisi yang diamalkan, kesemuanya telah dibentuk untuk meneruskan usaha-usaha kolonialisme. Oleh itu, marilah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan meninggalkan PBB, mendedahkan kepalsuannya dan menyatukan umat Islam untuk bersama-sama mewujudkan satu alternatif – undang-undang Shari’ah – Khilafah!